Thursday, 8 March 2012

Aaron Ajiz Memukul Perempuan!!


"Aku memang pencinta Wanita,
Namun Ku Bukan Buaya,
Yang Setia pada Seribu Gadis
Ku Hanya Mencintai Dia"

Pagi Tadi Aku terbangun Oleh Lagu  motosikal roda tiga Penjual Aiskrim Yang Lalu  di hadapan Rumah Aku.Aku Pun Hairan Tahap Gaban,Kebiasaannya lagu Paddle Pop,Apesal plak Hari Ini lagu  Penjual Aiskrim ni lain semacam Jak .Tapi best Apa...aku layan je lagu nie,sampai Aku boleh Terbawa-bawa Nyanyi lagu tue dalam Hati. Anjing jiran sebelah Rumah Aku Pun turut Melalak Untuk Nyanyi Beramai2 bila Part-Part Korus Tue. Owwhh..Sungguh Indah Hari itu.

Setelah MengSearch Kat Google Tajuk Lagu Tue...Barulah Aku Tahu Lagu tue Bertajuk Pencinta Wanita.Kalau Sebut-Sebut Jak Pasal Wanita,ini dya Suparman Asal negeri di bawah bayu Nie.Wanita mana Yang Tak kenal nama Aku Nie weh.Tak mau Cakap Temberang Sangatlah,Aku Pun Tak mahu pendam,Biarlah Hanya Korang2 sahaja pembaca Blog aku Yang Tahu ,Yang Aku Lah Lelaki Yang Macho + Kiut Nie Yang pernah menyelamatkan Wanita suatu Ketika dahulu daripada Di Pukul oleh Aaron Ajiz,Korang Kenal Aaron Ajiz? Kalau Korang Tak kenal,Bek Korang Cincang lu Punya %##**%# ( Bunyi Tuuuuuttttttttttttt..) Masukkan dalam Jamban bagi Flashhh La Bro.Fuhh!! (Apesal Aku Mendadak Marah Tiba2 Nie...Huhuhu.Maafkan saya!! Almaklumlah saya sedang Datang ke bulan sekarang Nie..Haha)

Masih Segar Dalam Ingatan ,Masa Tue Hujung Minggu,Cuti Umum Bagi pelajar yang berpendidikan Moral baik cam Aku nie,Masa Tue Aku Boring sangat-sangat Kat Rumah.Akibat Boring,Aku Pun Plan Lah Nak Jalan-Jalan ngan Titus Sahabat Aku Pergi Kat Taman Rekreasi Untuk Menenangkan Fikiran & Mencuci Mata Aku Yang Dah Lama berpuasa menengok Wanita.Ehem2x. Korang Tak Kenal Titus?? kalau Korang Tak Kenal...Boleh Klik Sini K..Setelah Bersiap-siap hendak bersiar-siar Kat Taman Dengan Memakai seluar Tracksuit kuning & berbaju Singlet warna Pink Tuckin dalam seluar Hingga Ke atas Pusat &  Berkasut Golf.Tiba2 Handphone Aku memainkan ringtone  Doraemon isyarat Mesej...Ciss!! Lupa Plak Nak tukar  Ringtone isyarat Mesej Hp pagi tue , Malu lah Weh Kalau perempuan2 Tahu Aku Yang Gagah Perkasa & Kiut Nie Guna Ringtone Macam tue,Aku Mengabaikan Mesej tue terus Menukar lagu nada Mesej iaitu lagu tema Ultraman,Hah!! BaruLah nampak ganas Sikit! Aku terus membaca isi Kandungan mesej yang Aku abaikan Tadi .

" Bro..Sorry Tak dapat Temankan Ko,Kucing Aku Tengah Sarat Nak Bersalin Nie,Aku Risau..Sorry Erk bro..sorry.."

"Tak Pa Bro...Its Okay! :) " Balasku Ringkas Sambil Membuat Smiley Sebagai Penutup Ayat.

Nampaknya Terpaksalah Aku mencari  Pengganti Titus Sebagai Peneman Aku Bersiar-siar kat Taman.Tapi masalahnya Aku. Aku Hanya Ada Titus Sorang jak Sebagai Kawan Aku di Dunia Nie,Dialah Satu-satunya Kawan Aku Yang Ada.Setelah memikir selama 2 minit 4 saat 45 milisaat,Akhirnya Aku bertekad Untuk membawa Cicak warisan yang diwasiatkan kepadaku oleh datuk aku  untuk Ikut sama.Semasa dalam Perjalan Ke Taman ,Sempat Jugak Aku Singgah Membeli Karipap Buatan Mak Joyah! Selepas Kenangan pahit Hari tue,Mak Joyah Terlalu Terharu kerana aku Memasukkan Watak Beliau Ke Dalam Blog Aku.,Entri Ini ,Hinggakan Aku membeli Karipap Beliau Pun Beliau Boleh Bagi Aku Potongan Harga sebanyak 80%. Fuhhh..This Is Amazing!! Aku Rasa Korang Perlu Beli Karipap Mak Joyah Nie...Sedap Beb!! Sedap Hingga  menjilat Jari Kaki..( Promot Jap!..Hahaha)
Setelah Sampai di taman & Mengikat Cicak peliharaan Ku di batang Pokok Kelapa  menggunakan rantai besi berMangga siap Berpasword (takut-takut Cicak Aku Nie Sesat sebab Merayau-rayau)  Aku  pun mendudukkan diriku di bangku Taman Untuk Menjamah Karipap Yang Aku Beli Tadi.Sedang Aku Nikmat Menjamah Karipap Fevret Buatan Mak Joyah! Aku terdengar pertengkaran yang aku Kurang fahami bahasanya.Akhirnya setelah Puas Mencari ,Rupanya suara Itu datang dari bawah bangku tempat Aku duduk tue.Kelihatan Sepasang Pasangan Katak Betina & Jantan Sedang Bertengkar.Aku melihat Katak Jantan Itu Menerajang Katak Betina Itu 67 kali Tanpa Sedikit Pun Belas Kasihan.Aku Tak Boleh duduk Diam Eh ..Darah Aku Panas Bila Perempuan (betina) di perlakukan seperti Itu.

Apabila Katak Lelaki (Jantan) Itu menghayun kaki Untuk Menampar Perempuan Itu menggunakan Kakinya (Yela,Katak mana ada tangan Kan? Haha) Aku Pun Menahan Kaki beliau seperti lagak seorang Hero tamil yang kacak dalam Kaca Tv ! Aku Pun Berkenalan dengan  Mereka Sebelum Membuat Tindakan Susulan & meminta Penerangan sebab katak Lelaki (Jantan) itu berkelakuan demikian .Pada Asalnya aku fikirkan mereka memaki hamun aku kerana aku Terkentut kat Kawasan mereka,Namun Sangkaan Aku jauh tersasar. Setelah Mendengar Penerangan Katak Betina yang Mau Hanya Di kenali sebagai Lofa ( Bukan Nama Sebenar) berkata.Suaminya Aaron Ajiz iaitu si Katak Jantan memukulnya Kerana  Lofa tidak menurut  kemahuan Nafsu batin Aaron di siang Hari,dan menyebabkan Aaron marah.Bagi Aku Kelakuan Itu merupakan satu kelakuan di luar tabii & Tidak patut di lakukan Oleh Aaron ajiz.Aku Pun  dengan drastik meneruskan Tindakan susulan Lalu menampar-nampar Aaron  menggunakan Tapak Kaki Aku.Tidak Cukup Dengan Itu,Aku mencengkam Leher beliau Lalu Mengumban Aaron Ajiz Ke Udara Lalu menanduk2 Tulang Rusuk Beliau & Ku biarkan Beliau Jatuh Tersemban Ke Tanah.

Ku Melihat Aaron Kelihatan Lemah & Tidak Bermaya ,Hatiku belum Puas.Aku Menghampiri Beliau  sambil mengorek2 Hidung.,Ku Kumpulkan Segala "Peluru" Yang Ku Ada &  ku gentel2 Buat bentuk bulat Lalu ku lastik ke dalam Mulut Aaron ajiz.Baru Ku Puas...Baru Ku Puas..Baru Ku Puas teriak Ku kegembiraan.Hahaha.Bagi Aku memang Ini lah Balasan Bagi Jantan-jantan sepertinya  .Lofa Yang Melihat Kejadian Itu berjalan Menghampiri Aku Lalu Mengucapkan Terima Kasih Kepadaku. Aku Pun dengan Lagak Hero Tamil berkata " Tak Pa,Perkara kecik Jak Nie.Its Okay Bebeh".Tak sangka Kejadian Pada Hari itu telah Membuka lagi mata gadis2 Untuk mengenali lebih tentang Aku dengan MengAdd aku sebagai kawan  di facebook.Kejadian itu Amat2 Bermakna Bagiku Kerana telah berjaya Menyelamatkan Kaum Hawa (Katak boleh ke guna Kaum Hawa? Ahh..suka ati aku la nak gelar apa..Entri aku..Huhu) daripada di tindasi oleh Jantan-jantan Tak guna.

P/s : Di kesempatan Ini saya sebagai Wakil Kaum Adam Yang Kiut,Handsome,Kacak ,Macho & berbadan Perkasa Di Muka Bumi Ini Mengucapkan Selamat Hari Wanita Kepada semua Makhluk Yang Bergelar Wanita.Terutama sekali kepada peminat2 aku di luar sana,Macik2 aku,Nenek aku ,Gadis sebelah ,depan & belakang rumah Aku,perempuan yang selalu menguratku di tengah jalan & Tidak di Lupakan Kepada Miss Keroppi, serta Mak & Akak Aku ^_^

11 comments:

Unknown said...

hahahaha..Aaron Ajiz sebenarnya katak.hahaha

SuparMan SuaRez said...

@Boni JLL3

Hahaha...seekor katak jantan yg jahat,,,Huhuhu

ima moja said...

yay,,, apakh...bida ni cetamu parei,,,ahaha

Amirah Raduan said...

hehehe katak2 jgn sebut arrr geng.hehe

Anonymous said...

Erk?! lu claim lu macho tp background entri siap ada glitter2 per smua. Peh! ini kurang macho bro. Btw, asal lu punya tulisan banyak pakai huruf besar. Hahah.

Ok2, abaikan komen gua tadi, pada pendapat gua, lu tak seharusnya bertindak sedemikian kepada aaron anjink, eh maksud gua aaron ajiz sebab lu kena faham beb perasaannya menahan nafsu batinnya itu. Penyelesaian terbaik adalah lu sarankan aaron ajiz kawen satu lagi bagi memuaskan nafsu batinnya. Itu pendapatan gua, lu nak ikut lu ikut, lu nak buang pendapatan gua dalam tong sampah, ikut suka lu. Mihmihmihmihmih.
xD

SuparMan SuaRez said...

@Miziey

Ok Bro..Mungkin gua akan timbang2 pendapatan lu mcm gua sllu timbang bola d halaman rumah..setelah otak gua khusyuk beroperasi memikirkan cadangan lu ..ada Baiknya Gua lepaskan c aaron ajiz tue ke dalam laut..kenapa laut?? suka ati gua la bro nak cakap laut..Haha.biar dya sendiri yg mncari pasangannya,,Hihihii

SuparMan SuaRez said...

@Amirah Raduan

Hahahaha,,pedulik la...Wuueekk!! Huhuhu

::CIK LYNN:: said...

hahahaha...kmu brangan lg ya? hahaha...sengal btol la...nice entry...=p

SuparMan SuaRez said...

@::CIK LYNN::

Hahaha..Yah saya Memang suka Makan Pisang Berangan!! Opss...Masuk Topik Jugak bha kan? Hahahah
Thanx Singgah...Hee

ch000tz said...

lain tak nampak....yang nampak karipap tu nampak best hehehe

SuparMan SuaRez said...

@c'axoera ヅ

Hahahaha..sedapp tue wehh..Huhuhu..