Wednesday 28 March 2012

Doktor Itu Membuat "Ehem2x" Ku Bertambah!

Assalamualaikum Semua.Hai-Hai ^_^
Dah Masuk Beberapa Hari nie Aku Rasa Jiwa Aku Kacau,Hati Tak Tenang.Degupan jantung Tak Konsisten,Nafas Semakin Tidak Menentu , Mata kemerahan Seperti Cyclop & Sering Marah-Marah.Aku Tak Tahu Aku sedang Menghidap Penyakit Apa.Nak Cakap Aku Menghidap Demam Kepalayou,Xkan la Plak,badanku Bukannya Panas pun,Nak Cakap Aku Nie datang Bulan,Lagi Lah Terpesong sama sekali,dah Check seluar Dah Pun,Xda langsung Tanda2!! Umaaaigaddd...Perrgh.. Aku Terlupa!!  Kan Aku Nie lelaki.Aissshh.

Mak Aku Cakap Aku Kena Keteguran Hantu Bunian ,Isshh..Mungkin Jugaklah,Sebab Aku Nie kan hensem + Kiut,Ramai Peminat plak Tue,Pelbagai Jenis Wanita Yang Minat diri Ini,Namun Aku Masih Tetap Setia Dengan DIA ,Hehehe..Ehem2x.So,Kalau Ramai Ada Yang Nak Tegur2 Tak Bagi salam Dan Jerit2 Nama Aku Tue,Malas Arr Nak layan,Bukan Sombong!! Tapi Tak cukup Mulut Nak Jawab Semua..Hihihi

Aku Tak Ingin Membiarkan Penyakit Aku Nie Terus Merebak & Menjangkiti keturunan-Keturunan Aku,
So, Petang itu Aku Bercadang Untuk Membuat Medical Check Up & Ingin Merawatnya.Sampai Jak Di Lobi Hospital,Aku Di sambut Mesra Oleh sekumpulan Nurse Cun Melecun Yang kebetulan Sedang Main Congkak Di Depan Pintu Masuk . Mereka Teriak-Teriak Memanggil Namaku namun Aku Tidak Mengendahklan Laungan Mereka,Aku Meneruskan Langkah & Memasukkan Kedua2 Tangan Ke Dalam Poket & Mendongak sambil Memacakkan Reyburn Hitam.Perrgghhh!! Terasa Hensem Sekali Aku Ketika Itu,Kalah kehenseman Yusry KRU yang Merampas Lisa Surihani Daripada aku Dulu.

Sampai Jak No giliran Aku di sebut,Aku Pun Melangkah Mencari Bilik .Namun,Aku Tersedar Ada Budak Kecil Menegur Aku dengan penuh keyakinan.
" Abang-Abang,Nak Tanya Sometink Boleh Tak?"
" Ya Adek,Ada Apa2 Yang Boleh Saya Bantu?" (Suara Bajet Baik..hehe)
" Errr..Xda Bang,Cuma Nak Tanya,Abg Memang Suka Kaler Pink Erk?"
 Tekejut Aku ngan pertanyaan Budak Ingusan Itu,Aku Pun Dengan Suara Halus Bertanya
"Adek,Abg Memang Dari Kecil Lagi Memang minat Biru Cik Adek oi,Apesal Plak Abg Nak Minat Pink Plak,Abg Bukannya Lelaki Jambu Pun"
"Tapiiii...Tue Underwear Abg Warna Pink!! Lupa Nak Zip Seluar Errkk??"
Alamak!! Kantoi..Betapa Malunya Aku Ketika Itu.Aku Pun dengan pura2 berlari2 Anak Dan Masuk Ke Bilik Doctor Tanpa Menoleh Budak Tersebut.

Sampai Jak Aku di Bilik Doctor Tersebut,Aku Pun Memberi Salam.Dan Duduk Bersila Di Lantai .
"Errrr..."
" Ehh,Tak Payah Terkejut La Doc,Saya memang Biasa Duduk Bersila Macam Nie"
"Tak,Saya Nak Tanya Awak Nie Lelaki kah ?"
Siyes!!,Aku Semakin Curiga Dengan Diriku,Apesal Plak semua Org yg tegur Aku Mengandaikan Aku sebagai Pompuan.Aku pun dengan Nada Garau Yang penuh dengan Suara kejantanan Ku menjawab.
" Ya Doc,Saya Yakin Dan Pasti Saya Benar2 Seorang Lelaki MASKULIN!! "
" Tapi,SayaHanya pakar Sakit Puan,Saya Hanya Merawat Wanita !!"

Terkejut Dengan Kenyataan Beliau,Aku Pun Berpura2 Di Serang Sawan babi,Meracau2 seperti Orang kerasukan Dan Kemudian Berlari Keluar Dari Bilik Beliau & Pergi Ke  Bilik Sebelah Yang Sebetulnya.Fuuhh!!  Dua Kali Aku Mendapat "Kemaluan" Akibat Daripada Kecuaian Aku Sendiri.Aku Pun Masuk Ke Bilik Pakar Yang Sebetulnya,Aku Pun beri Salam Kat Beliau & Duduk menonggeng di kerusi Yang di sediakan Dalam Bilik Tersebut.Kenapa Aku duduk Menonggeng? Ya,sbb Aku Masih Frust  (Frust Menonggeng) dengan Kejadian tadi.Harap2 Kali Ini Tidak Ada Lagi Kecurigaan Doctor Ini dengan Kejantinaan Ku.Setelah Memberitahu Penyakit Aku Kepada Doctor Tersebut dengan Bersungguh-Sungguh Agar Dia Lebih Faham.Doc Itu Pun Bertanya.

" Tak Dah Muntah2 Ka Cik?
"Tak Dah Doc,Ok Jak "(Namun Aku Curiga Dengan Pertanyaan Doc Tersebut!!)

" Tak Dah Pening2?"
 "Tak da Doc"(Hatiku Semakin Panas!!,memang Makan kaki Jugak Doc Nie Kalau soalan Seterusnya Pun Membangkitkan Tahap Kemarahanku )
Namun,Jangkaan Ku Tepat,Doc Tue Tue Tanya Soalan Singkat Jak.
" Missed Period??"
Perrghh!! Aku Pun Naik Ke Atas Meja Tarik Telinga Kanan  Doc Tue Dan Teriak Sekuat Hati." AKUUU LELAAAKII MASSSKULIN!!! Faham!! "
kemudian Doc Tue Plak Menarik Kembali Telinga Kiri Aku dan berbisik  " Wei Budak,Yang Ko Betebiat Sangat Nak Pakai Jeans Baju Polka dot Ada Gambar Barbie Nie kenapa? Dahlah Perut Buncit!!"

Hah!! Terkejut  Dengan Kata beliau Yang Tidak Bertapis Itu.Aku pun Pura2 pengsan. Sekarang Nie pun Aku Masih Pura2 pengsan & Bersembunyi di bawah katil Sambil membuat otakku flashback memikirkan  Misteri baju itu boleh ku pakai Tanpa Ku sedari.Begitulah kisahnya Doktor itu Membuat Kemaluan Malu  ku Bertambah..Hahaha

P/s: Minta Tolong Dengan Hati Yang Ikhlas Klik SINI & SITU k..Thanx ^_^

Monday 19 March 2012

Tolong Aku !! Aku TERBUNUH Dia !!

Assalamualaikum Semua.
Hmmm...Aku Tak Tahu Nak Buat Apa Sekarang Nie.Aku Takut,Badan Aku Terketar-Ketar Hingga Kini Memikirkan Kesalahan Terbesar Dalam Hidup Aku Pernah Lakukan Ini.Hinggakan Kini Pun Aku menaip Entri sembunyi2 Dalam Reban Ayam Pakcik Kolonel Sanders.Korang  Kenal Siapa Kolonel Sanders? Klik Sini! Beliau Merupakan Pencipta KFC lah.Tak Kan Korang Tak Kenal Kot,Korang Nie Tau Makan Jek.Issshhh. Patutlah Perut Korang nie Buncit Jek & Tak Seramping Aku..Cehh..Huhuhu

Lupakan Pasal Dia,Sekarang nie Korang Kena Bantu Aku Gak.Korang mesti Bantu Aku Solve Problem Nie.
Kalau Tak Aku Tak Tahu Nak Buat Apa Lagi Dengan Hidup Aku Nie. Aku Buntu,Aku Akan Menghadapi Kemurungan & Merasa Penyesalan Sepanjang Hidup Aku.Aku Betul2 Memerlukan Pertolongan Korang.Aku Takut Sangat Dah Nie,Nie Dah Masuk Sembilan Kali Dah Aku  Terkencing Kat Reban Ayam Nie & Bertahan Menahan Cirit-Birit Aku nie Akibat Ketakutan Yang Sangat-Sangat.Aku Takut Je Penyakit BURITISME aku nie datang Kembali.

Korang Tau Apa Tue Penyakit BURITISME? Klik Sini !
Ok..Biar Aku Explain Dengan seringkas Yang Boleh K..Agar Korang Lebih Paham & Lebih Memahami Seksa Derita Apabila Menghidap Penyakit Ini.Buristisme Adalah penyakit Di mana Korang Meneran Hingga Merah Muka Atau Menetap Gigi Manakala Kaki Bersilang Menetap Punggung Ketika Membuang Air Besar.Ini  Di sebabkan Kerana Apabila Najis Dah Sampai Ke Rektum & Memberi isyarat Asap Ke otak.Tapi Korang Dengan Penuh Takbur & Riak Berpegang Teguh Untuk Menahannya.Walaupun Ketika Itu Rektum Korang Mengemut-ngemut Meminta Korang ingin Melepas.Akibat Kelakuan Abnormal korang Itu,Najis Korang Merajuk & Tidak Kepingin keluar berhari-hari lamanya kerana di sebabkan Usus Korang Tersumbat.Dan Apabila Tiba Masanya dia Ingin Keluar,Korang Akan Keperitan Lebih2 Lagi Adanya Kehadiran Luka-Luka Kecil pada saluran lubang dubur Korang.Hahaha.OK.Sekarang Korang Dah Paham? Buritisme Tue bahasa Nenek moyang Aku,Kalau Bahasa moden Sekarang Nie Di gelar SEMBELIT.Kalau Sembelit mesti Korang Paham Kan?? Hahaha

Berbalik Kepada Cerita Asal Aku Nie..Hmm... Tadi petang,Dalam Perjalanan Pulang Dari bermain Jongang jongkang-jongkit  Sambil Menikmati Kesedapan Karipap Mak Cik Joyah . Perut Aku Tiba-Tiba Memulas-Memulas & Menendang-Nendang. Sakit Wehh...!! Aku Pun Bergegas Masuk Ke Semak  & Membelakangkan Pokok Pisang Lalu Menyembur Segala Isi-Isi Perut Aku Kat Situ .Cisss..Akibat Semburan Tanpa Kawalan Itu Terdapat Cebis-Cebisan Mengena Kat Kaki Aku.Aku Palit Menggunakan Daun Pisang Untuk Membersihkannya.

Setelah Selesai  Memuaskan  Nafsu Rektum Aku & Melangkah Pergi. "Prraaaakkk" .Bunyi Cangkerang Siput Babi Pecah.Aku TERpijak Siput Itu Lalu Beliau Mati Di Tempat Kejadian.Adakah Aku Bersalah? Aku Taip TERpijak Kan Tadi? Korang Saksi yang Tengok kan?  Maksudnya Aku Tak Sengaja la kan? .Aduh...Aku Rasa Takut Nie,Lalu Terus Berlari Bersembunyi Dalam Reban Ayam Sekarang Nie.Kurang-Kurang Dapat Gak Aku Menyamar Jadi Ayam Buat Sementara waktu Agar Aku Tidak Di cam.Aduhhh!! Aku Takut..Apa Yang Aku Harus Cerita Kat Mak Si Siput Babi tue Nanti? Lagi-Lagi Aku Takut Saudara Si Siput Babi Berkenaan Melaporkankan Kekejaman Aku Itu kepada Kaum Kerabatnya iaitu Babi Hutan Untuk Mengejar & menanduk2  Aku.Ganas Weehh babi hutan,Kalau Nak Fight One By One Aku Ok jek tak kisah,Tapi Masalahnya Spesis Tue Haram!! Bila Dah Tersentuh Malas Nak samak! Korang Tau Gak Kan Aku nie Masih Suci? Aku Tak Nak Kejantanan Ku Di perlakukan Oleh Babi Itu.Arrgghh!!!

Aku Harap sangat-sangat kat korang Dapat Selesaikan Masalah Aku nie.Tolong Pikirkan Jalan Untuk Aku Bebas Dari masalah Nie.Banyak Sudah Idea Jahat Yang Bermain-Main Dalam Fikiran Aku Nie.Antaranya membunuh sekali semua Keturunan  Siput2 Babi Yang Ada....Tak Pun Membakar Tempat Kejadian Agar Tiada Bahan Bukti Di temui.Perlukah Aku Berbuat Sedemikian? Atau Aku Perlu Mengambil Langkah Lain Seperti Berbaik2 Dengan Keluarga C siput Babi Agar Aku Tidak Di Suspek ...Atau Pun Berbisik Ke telinga Si Ibu Siput Babi Dan Katakan "Biar Mati Anak,jangan mati Adat" Agar Hatinya Merelakan kepergian Anaknya Itu.Tolong Aku Weh! Harap Kes Ini Tidak Di Bawa Muka Pengadilan . :'(

*** Sebelum Korang Beredar Minta Tolong  Klik Sini,Sana & Situ K..Thanx ^_^

Saturday 17 March 2012

Bernafsu Hisap BENDA itu! Apa Nikmatnya?

Assalamualaikum & Salam Subuh Semua.
Herrrkkk!!   Memang Tidak Dapat Di nafikan Lagi,gejala Hisap Menghisap nie dah Semakin Berleluasa di negara Kita.Kalau dulunya Ianya Hanya di lakukan secara sembunyi2 Tanpa Pengetahuan keluarga , kini,Gejala ini dah Menjadi Kelakuan Yang neutral di kalangan Kita.Di mana-mana kawasan kita boleh melihat Orang Menghisap seperti di lorong2 Gelap,bawah jambatan,bilik hotel Mahupun di Tandas Awam. Gejala Ini telah pun menjadi bualan Masyarakat Malah Pihak Kerajaan Juga Telah melakukan beberapa langkah agar Minda Anak-anak kecil mahupun remaja tidak terpengaruh dengan Gejala Ini.

Kebiasaanya,Orang Yang Mula Menghisap Akan ketagih sampai Usia Ke Tua.Dan Ketagihan Itu Sudah Pasti Sukar Di tahan.Dalam Kata Lain,Sekali Korang Menghisap,Selamanya Korang Menghisap.Betulkah?
Itu Korang Boleh Jawab sendiri,Tapi Kalau Korang Malas Nak jawab ..Boleh Intai Jawapan di SINI Muka surat 89 Buku teks Matematik KBSR sekolah Rendah k.Aku dah Taip Dah Jawapan lengkap kat situ! Namun Bagi Aku,Gejala Ini perlu di teruskan...Tidak Perlu di cegah..Terlalu Banyak kelebihan Yang di perolehi daripada gejala  menghisap Benda  itu?? Hisap Apa??? Issshhh...otak korang nie jgn nak tercemar sangat boleh tak? Main Point Yang Aku Ingin jelaskan di sini Ialah HISAP ROKOK k..Hahaha.

P/s : Kepada Kawan-Kawan & Pembaca Entri Blog Aku Yang Perokok,Entri Ini hanyalah Sekadar Ilmu & Nasihat Umum Hehe ^_^

Antara Nikmat  Menghisap BENDA Itu ialah :
Mulut Korang Harum Semerbak
Haruman Mulut Korang terlalu Wangi Mengalahkan Bau Perfume Produk Wangian Body Shop!
Mulut Korang Sangat harum dan Berbeza daripada orang Lain. Sehinggakan Orang lain Segan Untuk Mendekati Korang Yang Terlalu Wangi Itu.Banggakah Korang?

Warna Paru-Paru Anda Cantik & Unik
Yah!! Warna Paru-Paru Korang Akan Berwarna Hitam legam & Amat bersesuaian Jika Korang Peminat Warna Hitam.Yang Uniknya,Paru-paru Korang Akan Kelihatan Retak-Retak & Reput.Wooow!! Uniknya...

Makanan Korang Sangat Hebat & Menakjubkan
Kalau dulu Orang Akan teruja bila tengok orang makan makanan2 Eksotik seperti buaya,ular,Dinosor,penguin mahupun Anjing Laut.Namun,Kini Tidak Lagi! Korang Lebih Menerujakan Masyarakat Sekeliling Yang Korang Lebih Hebat Daripada Mereka kerana Korang boleh makan Racun semut Putih,bahan bakar roket,kapur Barus.Termasuklah Tar & Nikotin! Racun Terbesar!! Hebatkan Korang? Berikan Tepukan Gemuruh Untuk Diri Sendiri. : P

Penampilan Anda Seperti Orang Kaya  & Macho
Aku pernah Dengar Orang Yang merokok Nie Kelihatan Macho & Kaya? Betulkah?  Ya,Aku Setuju Dengan Statement Itu.Harga Rokok sekarang dah semakin Mahal,Tak Payahlah Nak Kenyang2 Makan Nasi Campur  Harga Rm 5..Baikk Beli Rokok Harga Mahal2 .Orang Kaya Je Yang Sanggup Beli Rokok Nie Atau Dalam Kata Lain Bakar Duit . Macho?? Yah..Gigi Korang kekuningan,Gusi Korang Kehitaman,Memang bersesuaianlah Istilah Macho Dalam Buku Teks Budak Tadika umo 5 Tahun.

Jimat,Anda Tak Perlu Beli Racun Nyamuk
Yah! Itulah Salah Satu kehebatan Anda Paling Poweerrr!! Melalui  Asap Rokok Yang Korang Hembus Tue Boleh Membuatkan Nyamuk Tidak Mendekati anda & Menghisap darah Korang Yang Bersih Itu.Bukan Setakat Nyamuk!! Tapir,Babi Hutan,Serigala Jadian Mahupun  Kucing Miss Keroopi Pun Akan lari dengan Asap Rokok Korang. Dorang Pun Tahu Bahaya Asap Rokok!  Lagi Best Kalau Girlfriend Korang Pun Turut Sama Lari. Boleh Gua Kebas!!! Opppsss...Hahahaha

Oklah...Rasanya Cukuplah Aku Bagi Beberapa Sebab Nie Untuk Tatapan Mata & Minda Korang.
Moga Entri ini membawa Pengajaran Kepada Penghisap Tegar Rokok.Nasihatlah Keluarga & Sahabat Anda Untuk Berhenti merokok Dengan Segera.Sebelum Mengundur Diri Aku Sertakan Video Yang Aku Sempat Rakam Tanpa Sengaja Ini .KLIK SINI !!
Wassalam ^_^

Thursday 15 March 2012

Jom jadi geng KAMI BLOGGER MALAYSIA

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.
Apa Khabar Semua? Harap Semua Baik2 Hendaknya.Lama Tak menghupdate Kan Blog Nie,Namun,Masih ada Jugak Yang Sudi Singgah & Follow Blog Yang Buruk Nie.Siap Bagi Komen Lagi.Hahaha.Apa2 Pun Pengikut-Pengikut  Blog Aku Semakin Hari Dah Semakin Bertambah.Dan Kini Tepat jam 1.35 minit 12 saat bersamaan 15/3/2012 waktu papua Guinea ,Telah mencecah 290 Orang.Hanya Beberapa Ketul Lagi Di perlukan untuk Menggenapkan Bilangan menjadi 300..Hahaha.Dengan Ini Saya dengan penuh rasa Gembira & Terharunya kat korang semua mengucapkan  Jutaan berkarung2 TERIMA KASIH kerana Sudi Memfollow Blog Ini .
Sayang Korang Semua.

Hari Nie Terasa Rajin Plak Nak Join Geng Baru? Yah,Sebuah Kumpulan Kaki Pukul..Opsss!! Bukan2..Gurau Je lah.Sebenarnya Saya Nak Join Geng KAMI BLOGGER MALAYSIA.Yeaaahh!! Proud To Be Malaysian People..^_^ . So? Apa Tunggu Lagi?  Jomlah Ramai2 Join,Entah2 Boleh gak ramaikan geng yang boleh tolong Kalau Korang kena pukul kah..buat Member belanja makan Kah.Manalah Tau ada kawan sekampung Dulu2,Boleh jugak jejak kasih Melalui segmen Nie..Hahaha.Nak Join..Boleh KLIK SINI .Tak dapat Klik? Mayb Ada Masalah Teknikal Kot...Hihihi.Kalau Xdapat Klik Gak, senang2  Klik jak Banner Kat Atas tue Erk..Hahaha

Biar Saya memperkenalkan Diri Saya Yang Belum Seberapa Famous Nie Kat Korang...Haha
Nama Di Beri Suparman.(Tiada Kena Mengena Talian Persaudaraan ngan  Superman spende Kat Luar Tue Erk..Hihihi)
Berasal Dari Perut Ibuku . Kini Menetap di Negeri Di Bawah Bayu ..Sandakan,Sabah.Ok Bha Kalau Kau..Hahaha
Bangsa :  Originally BUGIS !!  Bukan Cetak Rompak Punya.^_^

Tag 5 Orang  Peminat2/Bodyguard  Aku..Hahaha  :p
Miss Keroppi
Cik Lynn
Cik Lyeen
Suayieda Bebey
Bro Boni

Thursday 8 March 2012

Aaron Ajiz Memukul Perempuan!!


"Aku memang pencinta Wanita,
Namun Ku Bukan Buaya,
Yang Setia pada Seribu Gadis
Ku Hanya Mencintai Dia"

Pagi Tadi Aku terbangun Oleh Lagu  motosikal roda tiga Penjual Aiskrim Yang Lalu  di hadapan Rumah Aku.Aku Pun Hairan Tahap Gaban,Kebiasaannya lagu Paddle Pop,Apesal plak Hari Ini lagu  Penjual Aiskrim ni lain semacam Jak .Tapi best Apa...aku layan je lagu nie,sampai Aku boleh Terbawa-bawa Nyanyi lagu tue dalam Hati. Anjing jiran sebelah Rumah Aku Pun turut Melalak Untuk Nyanyi Beramai2 bila Part-Part Korus Tue. Owwhh..Sungguh Indah Hari itu.

Setelah MengSearch Kat Google Tajuk Lagu Tue...Barulah Aku Tahu Lagu tue Bertajuk Pencinta Wanita.Kalau Sebut-Sebut Jak Pasal Wanita,ini dya Suparman Asal negeri di bawah bayu Nie.Wanita mana Yang Tak kenal nama Aku Nie weh.Tak mau Cakap Temberang Sangatlah,Aku Pun Tak mahu pendam,Biarlah Hanya Korang2 sahaja pembaca Blog aku Yang Tahu ,Yang Aku Lah Lelaki Yang Macho + Kiut Nie Yang pernah menyelamatkan Wanita suatu Ketika dahulu daripada Di Pukul oleh Aaron Ajiz,Korang Kenal Aaron Ajiz? Kalau Korang Tak kenal,Bek Korang Cincang lu Punya %##**%# ( Bunyi Tuuuuuttttttttttttt..) Masukkan dalam Jamban bagi Flashhh La Bro.Fuhh!! (Apesal Aku Mendadak Marah Tiba2 Nie...Huhuhu.Maafkan saya!! Almaklumlah saya sedang Datang ke bulan sekarang Nie..Haha)

Masih Segar Dalam Ingatan ,Masa Tue Hujung Minggu,Cuti Umum Bagi pelajar yang berpendidikan Moral baik cam Aku nie,Masa Tue Aku Boring sangat-sangat Kat Rumah.Akibat Boring,Aku Pun Plan Lah Nak Jalan-Jalan ngan Titus Sahabat Aku Pergi Kat Taman Rekreasi Untuk Menenangkan Fikiran & Mencuci Mata Aku Yang Dah Lama berpuasa menengok Wanita.Ehem2x. Korang Tak Kenal Titus?? kalau Korang Tak Kenal...Boleh Klik Sini K..Setelah Bersiap-siap hendak bersiar-siar Kat Taman Dengan Memakai seluar Tracksuit kuning & berbaju Singlet warna Pink Tuckin dalam seluar Hingga Ke atas Pusat &  Berkasut Golf.Tiba2 Handphone Aku memainkan ringtone  Doraemon isyarat Mesej...Ciss!! Lupa Plak Nak tukar  Ringtone isyarat Mesej Hp pagi tue , Malu lah Weh Kalau perempuan2 Tahu Aku Yang Gagah Perkasa & Kiut Nie Guna Ringtone Macam tue,Aku Mengabaikan Mesej tue terus Menukar lagu nada Mesej iaitu lagu tema Ultraman,Hah!! BaruLah nampak ganas Sikit! Aku terus membaca isi Kandungan mesej yang Aku abaikan Tadi .

" Bro..Sorry Tak dapat Temankan Ko,Kucing Aku Tengah Sarat Nak Bersalin Nie,Aku Risau..Sorry Erk bro..sorry.."

"Tak Pa Bro...Its Okay! :) " Balasku Ringkas Sambil Membuat Smiley Sebagai Penutup Ayat.

Nampaknya Terpaksalah Aku mencari  Pengganti Titus Sebagai Peneman Aku Bersiar-siar kat Taman.Tapi masalahnya Aku. Aku Hanya Ada Titus Sorang jak Sebagai Kawan Aku di Dunia Nie,Dialah Satu-satunya Kawan Aku Yang Ada.Setelah memikir selama 2 minit 4 saat 45 milisaat,Akhirnya Aku bertekad Untuk membawa Cicak warisan yang diwasiatkan kepadaku oleh datuk aku  untuk Ikut sama.Semasa dalam Perjalan Ke Taman ,Sempat Jugak Aku Singgah Membeli Karipap Buatan Mak Joyah! Selepas Kenangan pahit Hari tue,Mak Joyah Terlalu Terharu kerana aku Memasukkan Watak Beliau Ke Dalam Blog Aku.,Entri Ini ,Hinggakan Aku membeli Karipap Beliau Pun Beliau Boleh Bagi Aku Potongan Harga sebanyak 80%. Fuhhh..This Is Amazing!! Aku Rasa Korang Perlu Beli Karipap Mak Joyah Nie...Sedap Beb!! Sedap Hingga  menjilat Jari Kaki..( Promot Jap!..Hahaha)
Setelah Sampai di taman & Mengikat Cicak peliharaan Ku di batang Pokok Kelapa  menggunakan rantai besi berMangga siap Berpasword (takut-takut Cicak Aku Nie Sesat sebab Merayau-rayau)  Aku  pun mendudukkan diriku di bangku Taman Untuk Menjamah Karipap Yang Aku Beli Tadi.Sedang Aku Nikmat Menjamah Karipap Fevret Buatan Mak Joyah! Aku terdengar pertengkaran yang aku Kurang fahami bahasanya.Akhirnya setelah Puas Mencari ,Rupanya suara Itu datang dari bawah bangku tempat Aku duduk tue.Kelihatan Sepasang Pasangan Katak Betina & Jantan Sedang Bertengkar.Aku melihat Katak Jantan Itu Menerajang Katak Betina Itu 67 kali Tanpa Sedikit Pun Belas Kasihan.Aku Tak Boleh duduk Diam Eh ..Darah Aku Panas Bila Perempuan (betina) di perlakukan seperti Itu.

Apabila Katak Lelaki (Jantan) Itu menghayun kaki Untuk Menampar Perempuan Itu menggunakan Kakinya (Yela,Katak mana ada tangan Kan? Haha) Aku Pun Menahan Kaki beliau seperti lagak seorang Hero tamil yang kacak dalam Kaca Tv ! Aku Pun Berkenalan dengan  Mereka Sebelum Membuat Tindakan Susulan & meminta Penerangan sebab katak Lelaki (Jantan) itu berkelakuan demikian .Pada Asalnya aku fikirkan mereka memaki hamun aku kerana aku Terkentut kat Kawasan mereka,Namun Sangkaan Aku jauh tersasar. Setelah Mendengar Penerangan Katak Betina yang Mau Hanya Di kenali sebagai Lofa ( Bukan Nama Sebenar) berkata.Suaminya Aaron Ajiz iaitu si Katak Jantan memukulnya Kerana  Lofa tidak menurut  kemahuan Nafsu batin Aaron di siang Hari,dan menyebabkan Aaron marah.Bagi Aku Kelakuan Itu merupakan satu kelakuan di luar tabii & Tidak patut di lakukan Oleh Aaron ajiz.Aku Pun  dengan drastik meneruskan Tindakan susulan Lalu menampar-nampar Aaron  menggunakan Tapak Kaki Aku.Tidak Cukup Dengan Itu,Aku mencengkam Leher beliau Lalu Mengumban Aaron Ajiz Ke Udara Lalu menanduk2 Tulang Rusuk Beliau & Ku biarkan Beliau Jatuh Tersemban Ke Tanah.

Ku Melihat Aaron Kelihatan Lemah & Tidak Bermaya ,Hatiku belum Puas.Aku Menghampiri Beliau  sambil mengorek2 Hidung.,Ku Kumpulkan Segala "Peluru" Yang Ku Ada &  ku gentel2 Buat bentuk bulat Lalu ku lastik ke dalam Mulut Aaron ajiz.Baru Ku Puas...Baru Ku Puas..Baru Ku Puas teriak Ku kegembiraan.Hahaha.Bagi Aku memang Ini lah Balasan Bagi Jantan-jantan sepertinya  .Lofa Yang Melihat Kejadian Itu berjalan Menghampiri Aku Lalu Mengucapkan Terima Kasih Kepadaku. Aku Pun dengan Lagak Hero Tamil berkata " Tak Pa,Perkara kecik Jak Nie.Its Okay Bebeh".Tak sangka Kejadian Pada Hari itu telah Membuka lagi mata gadis2 Untuk mengenali lebih tentang Aku dengan MengAdd aku sebagai kawan  di facebook.Kejadian itu Amat2 Bermakna Bagiku Kerana telah berjaya Menyelamatkan Kaum Hawa (Katak boleh ke guna Kaum Hawa? Ahh..suka ati aku la nak gelar apa..Entri aku..Huhu) daripada di tindasi oleh Jantan-jantan Tak guna.

P/s : Di kesempatan Ini saya sebagai Wakil Kaum Adam Yang Kiut,Handsome,Kacak ,Macho & berbadan Perkasa Di Muka Bumi Ini Mengucapkan Selamat Hari Wanita Kepada semua Makhluk Yang Bergelar Wanita.Terutama sekali kepada peminat2 aku di luar sana,Macik2 aku,Nenek aku ,Gadis sebelah ,depan & belakang rumah Aku,perempuan yang selalu menguratku di tengah jalan & Tidak di Lupakan Kepada Miss Keroppi, serta Mak & Akak Aku ^_^

Tuesday 6 March 2012

Berwajah Kiut Tapi Diperlakukan Seperti Binatang !!


Assalamualaikum & Selamat BERselasa All .

Hari Ini Entah Mengapa Bangun Tido Aku Pagi Tadi TidakTeratur Seperti Dalam Jadual Yang Aku Sketch Malam Semalam.Kalau Mengikut Perancangan,Kebiasaan Aku Akan Bangun Pagi Pada Pukul 11 & Terus Lunch,Tapi Pagi Tadi Aku Terbangun Awal Pukul 7 Pagi.Bangun-Bangun Je Pagi  Tadi  Aku Dapati badan Aku di sengat-sengat geli Oleh Sesuatu.Rupa-Rupanya Semut-Semut  Sedang Bernafsu Menghisap Badan-Badan Aku Nie Sambil Menyanyikan Lagu Enjit2 Semut beramai2 ( bernafsu?? Grrr..).Ini Termasuklah Semut dari Pelbagai Etnik (Sahut Misi 1 Malaysia Agaknya) Antaranya Seperti Semut Merah,Semut Hitam,Nenek semut,Moyang Semut & Ratu Semut.(Nasib  Xda Semut Api kan XD) .

Kepala otak Aku tertanya2 Apa Punca Di Sebalik Kejadian Ini.Setelah Berjam-Jam Memikirkannya Sambil Menghantuk2 Kepala Aku Di Birai Katil,Aku Pun Berjaya Membuat Kesimpulan..Persoalan Itu terjawab apabila aku Melakukan Flashback 3 Hari ke belakang Apabila  Gambar Kiut aku upload di Facebook pada hari itu mendapat Banyak  Like & Komen Oleh Peminat-Peminat Aku.Terutama Sekali gambar  Aku Pose mengorek hidung Sambil Senyum Kambing ,Hampir Keseluruhannya Komen  cakap Aku Nie Sweetlah..Manislah..Comellah Apa La..Itu Lah..Ini Lah...Hingga Aku Terlalu Bangga & Senyum Sampai mulut aku terkoyak sedikit Membaca Komen Mereka. (Terima Kasih Korang ^_^ )
 Pujian Yang Ku Terima dari Laman Sosial Facebook
So,Dengan Otak Aku Yang Tersedia Geliga Ini membuat Kesimpulan Bahawasanya Inilah Punca Sebenar Semut Menyerang Aku.Semut2 Ini telah curi2 membaca komen diaorang nie kat Facebook ,Lalu Berpakat & Menyerang Secara Berjemaah aku yang Sweet Semulajadi Ini (Tangan Di dada ,Mata ke atas,Lidah Terjelir ..Haha). Setelah mengira 1 Hingga Sepuluh Serta Abc Hingga Z sebanyak 10 kali,Aku Pun Berlari Pecut Pergi Ke BiliK Mandi.

Selepas  habis Mandi Bunga Tahi Ayam bagi membersihkan Badan serta mengharumkan Badan Aku yang sememangnya Harum Wangian Perfume Produk Body Shop Nie.Aku Pun gerak ke dapur & mengambil Coco Crunch sebagai sumber tenaga di waktu pagi , Sedang nikmat menjamah sarapan Itu,Aku Pun melihat kelibat MaK Aku Masuk Ke Dapur.Lalu Dengan Penuh Spontan & Manja Seperti di dalam Iklan Aku Menjerit.

"Mak,nak Ho ho Holicks Satu! Boleh?"
" Yeee....Ho ho hotak Hang!!,Ko Tau Ka Nak Kita Nie Spesis KUCING !! Yang Ko Nak  Berangan Sangat Jadi manusia nie Makan Coco Krunch Bagai Nak Minta Horlick Segala ApesaL?? Dah...Dah..Makan Jek Whiskas & minum Vitagen Nie.!! Pastu Keluar Cari sisa Makanan Kat Restoran MCD Tau Kenny Rogers Seberang Sana!,Ntah2 Ada Rezeki Ko,Bungkuslah Bawa Pulang jadi Dapat Jugak kita makan Mewah Malam  Nie"

Sentap Mendengar layanan & Kata-Kata Mak Aku Yang melayan aku seperti binatang Tanpa Belas kasihan   itu.(Memang Binatang Pun..Haha) .Tanpa Menoleh Muka Beliau,Aku Pun dengan Lari setempat Mencapai Vitagen Yang di berikan sambil Membuat Muka Merajuk Yang Ku Cipta  terus Meninggalkan Mak Aku . Hatiku  Sentap...Baru jek Nak Berangan jadi manusia, Mak Dah Potong Stim...Adeh!. Dan pada Hari Itu Barulah Aku Sedar Yang Aku hanyalah Seekor KUCING Tetapi KIUT apa Kan?..Hahaha ^_^

Sunday 4 March 2012

Neelofa Jadi Model iklan Belacan ?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera All
Hari Nie Hari Yang Indah.Bangun Jak Pagi Aku dapati Tiada Tanda-Tanda Gempa Bumi  ataupun Tsunami ingin berlaku.Kelihatan  Matahari Kian Tinggi Memancarkan Cahaya Teriknya Untuk Mengeringkan Spende Jiran-Jiran  Aku di Ampaian.Semua Binatang Mula Keluar Mencari Rezeki Untuk Sarapan pagi.
Kelihatan Jugak Anjing-Anjing Berkumpul berhampiran Tempat Pembuangan Sampah Berhampiran Rumah Aku,Mungkin sedang mencari kawan mereka yang Hilang semalaman agaknya.Burung-Burung Pun Keluar Terbang dari Sarangnya Ingin mencari sesuap Ulat untuk anaknya.Beruk-Beruk Liar Pula Kelihatan Bergayut Gayut di kabel Elektrik Dengan Hepinya.(Tersesat Agaknya Beruk-beruk nie detik hatiku).Kucing-Kucing Jiran Sebelah Rumah Aku baru bangun dan menggeliat dengan suara Penuh seksinya Hingga Ke ruang Bilik Aku.

Sememangnya Mimpi Malam semalam Sangat Indah Bagiku kerana Termimpikan Neelofa . Hari Itu,Bagaikan Mahu Sahaja Aku Menyambungkan Tido Aku Hingga Ke Petang.Namun,Baru Sahaja Aku Ingin Meneruskan Niat Aku itu.Kedengaran Teriakan Amukan dari Mak Aku Menyuruh Aku Bangun.Arrgghh!! Apehal Lagi Ngan Mak Aku nie.Dengan Wajah Yang sugul & Kerana Takut Menjadi Anak Yang Derhaka bagi  Menjaga Status Aku sebagai Anak Mithali ,Soleh & Kiut Ini dalam keluarga Aku ,Aku pun Cuba Sedaya Upaya Melawan Hasutan Syaitan Untuk Bangun Dari Tempat Tido Aku & berlari pecut Ke Dapur.

" Ya Ada Apa Mak?"
"  Ko Beli Belacan  dulu Kat Kedai Runcit  Sana,Habis Suda Belacan Kita Nie Nak,Bapamu Nie Bha Menyuruh Mama Masak Special "
Dengan Wajah Yang Masih Dalam Malas + Mengantuk  Aku Pun Menjawab " Baiklah Mak! "
Aku Pun Terus Ke Bilik dengan Langkahan Malas & sesekali menutup mata kerana Masih mengatuk. Aku Capai  Kunci Kereta BMW aku dalam bilik aku & Terus keluar Untuk Pergi Ke Pasar.Sampai Je depan Pintu depan Rumah,Mataku Terbeliak!!Aku Cemas & Memandang Sekeliling Rumah  Mencari-Cari Kereta
BMW Aku Yang Mewah Itu.Fikiran Aku Buntu Ketika Itu Tak Tahu Nak Buat APa,Dalam Hatiku "BMW aku kena curi agaknya semalam,begitu lama Aku Kumpulkan duit utk membeli sebijik kereta mewah cam Tue!!" Aku Berteriak Meminta Tolong & Berlari Mendapatkan Mak Aku Yang Sedang Memasak di dapur.

"Mak,BMW aku Kena curi,Apa Harus Aku Buat Nie!!" Sambil Muka ku Pucat meronta-ronta.
Tanpa Ku Sedari,Tong Gas Kuning Hinggap Terpacak Kat Atas  kepala Aku!
"Kepala Hotak Hang BMW ,tue hah Basikal BMX hang Parking kat Belakang Rumah Tue,Kena sampuk agaknya Budak nie" Jerit Mak Aku dengan Loghatnya Bertukar Tiba-Tiba.
Basikal BMX kepunyaan Ku
Betul Jugak,Sejak Bila Plak Aku Ada BMW , Dengan Gaya seperti tidak Bersalah,Aku terus Berlari ke Belakang Rumah & Mengayuh Basikal BMX Aku itu.Semasa dalam Perjalanan Ke Pasar,Sempat Jugak Aku Meround2 Kampung Aku,Melihat Anak-Anak Gadis Di Kampung Aku Yang Kadangkala Mengenyit Mata Apabila Melihatku Lalu Di hadapan Rumah Mereka.Kelihatan Juga Anak-Anak Kecil Bermain Teng-Teng , Ada Jugak Yang berkejar-Kejaran Seperti Kerasukan & Nenek Kawan Jiran Aku sedang Bermain Barbie Doll.Aku Bersyukur dapat tinggal Di kampung yang aman Harmoni itu.

Setelah Sampai Ke Kedai Aku Pun Dengan Lagak Macho Turun Dari BMX Aku tue & MemPARKingkan BMX Aku Di Hadapan Kedai Runcit Dengan Bergaya.Sebelum Itu,Sempat Jugak Aku Menjeling-Jeling Side Mirror Basikal Aku Untuk Membetulkan Rambut Aku Yang Ala-Ala Korea Ini.

"Hey Taukeh! Ada Itu Belacan Kah?"
" Ada Acai,U Cari Sana Sebelah Kanan rak Tue"
"Ok2x Taukeh,Saya Cari Dulu Hah!"

Setelah Sampai Ke Situ,Alangkah Terkejut Beruknya Aku Apabila Melihat Neelofa Yang selama Ini MenJadi Pujaan Hatiku Itu memegang Plastik Belacan Sambil Senyum Manis Kepadaku.Rupa Neelofa Ketika Itu Tak Ubah Seperti Model Iklan Belacan.
"Nak Beli Belacan ye Bang?",Tegur Neelofa..
Tak Sempat Aku Menjawab,Degupan Jantungku Tidak Teratur .Wajah Aku Pucat Seperti Baru sahaja Kena Tamparan Syaitan,Badanku Terketar-Ketar Seperti terkena Kejutan Elektrik , Mulutku Berbuih dan Sejurus Kemudian Aku Pengsan tak Sedarkan Diri.
Sedar-Sedar Je Diri,Aku Berada Dalam Rumah Aku dan Di Kelilingi oleh Mak Aku Sambil Memercik-Mercik Air Sirap Ke Muka Aku.

"Bangun2x..Nampaknya Penyakit Halusinasi Ko Nie makin Teruk Agaknya,Mak Cik Joyah Penjual Karipap Yang Tua Kerepot Tue Pun Ko Boleh Panggil Neelofa?",Jerit Mak Aku.

"Ciss..Mak Cik Joyah!!! .Halusinasi Aku Jak Rupanya, Bilalah Aku  Dapat Jumpa Neelofa Yang Cantik Manis tue"
Arrrrrrrrrrrrrggggghhhhhh!! Hihihi ^_^

Friday 2 March 2012

Kunjungan Ke Rumah Terbalik ^_^

P/s : Jangan Betulkan Skrin Komputer Anda!!
Assalamualaikum Readers
Korang Pernah Dengar Rumah Terbalik? Wujudkah Rumah Terbalik? Aku Bila Dengar2 Rumah Terbalik Memang Rasa Nak Ketawa Jak,Apesal Plak Rumah Nak Buat TerbalikKan?
Tapi Memang Tue Lah Realitinya,Kat Sabah Nie Dah Wujud Dah Rumah Terbalik Terletak di Kawasan Tamparuli Beberapa Kilometer Sahaja Dari Pusat Bandar Kota Kinabalu.Hehehe.Tapi Rumah Ini Di Bina Bukan Untuk Di diami,Tetapi Untuk Di Kunjungi.Aku Pun Bila Dengar Jak Benda-Benda Pelik Nie,pantang Weh..Tak Dapat Duduk Diam.Yela,Kalau Dulu Dengar Rumah Terbalik Kat Luar Negara Jak Ada Kan? Tapi Nie Kat Negeri Sendiri Lagi Sabah,Peluang jangan Di lepaskan.Kena Pergi Jugak!! Hihihi

Sampai Jak Kat Sana,Memang Gila-Gila Terkejut  Bila Nampak Kereta Kancil Parking Dalam Keadaan Terbalik.Hahaha.Rasa Nak ketawa Pun Ada.Waahh!! Kagum Bila Tengok Rumah Tue dalam Keadaan terbalik..Tanpa Membuang Masa & Sampah Aku Bersama Kawan-Kawan Aku Pun Terus Menuju Ke Kaunter Bayaran Untuk Membayar Tiket Masuk.

Bayaran Masuk : Dewasa=Rm 18
                                 Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun ) = Rm5
                                 Pelajar Beruniform/Bawa Matrik kad=RM 5

                                Kanak-Kanak (Bawah 3 Tahun)=Free
* Opening Promo Bagi Pemegang Mykad =RM 10

Setelah Membayar Bayaran Masuk RM5 Sekepala,Kami Pun Menunggu Turn Kami Untuk Masuk Ke Rumah Tersebut.Tak Boleh Masuk Sekaligus taw ,Sekali Masuk Hanya dibenarkan 5-6 Orang sahaja,Takut Siling Tempat Kita Berpijak tue Runtuh Kalau Ramai2 Serbu.Hahaha.Sepanjang perjalanan Kami Kedalam Rumah Tue,Kami Di iringi Oleh Seorang Tour Guide Yang Menerangkan Kami Serba Sedikit Tentang Rumah Terbalik Tersebut.Tour Guide Tersebut Memberi  Penerangan & Melarang Kami  Menangkap Sebarang Gambar Di Dalam Rumah.(Hanya Di kawsan luar Sahaja Di Benarkan).Jika Di Dapati Menangkap Gambar,Korang Akan Di denda Rm100 Setiap keping.

Gong Yang Perlu Di Pukul Sebelum Memasuki Rumah
Sebelum Kami Berjalan Masuk Ke Rumah Tersebut,Kami Di Beri Penghormatan Untuk Memukul Gong & mengetuk Pintu Sebelum Masuk Ke Dalam Rumah ( Mengikut Tradisi Budaya Orang Sabah ).Sepanjang Perjalanan & Kunjungan Kami Dalam Rumah Tue Kami  Di Sajikan Dengan Sebuah Cerita Tentang Rumah Terbalik Ini.Menurut penerangan Tour Guide itu,Kononnya Rumah Ini Di Miliki Oleh Pasangan Dusun + Sino.Pasangan Ini Mempunyai Seorang Anak lelaki Berusia 9 Tahun Yang Nakal.Bla..bla..bla..bla... (Malas Nak Taip Panjang) Hahaha.Kalau Korang nak Tau Cerita lebih Lengkap & Padat ,Silalah Datang Berkunjung Ke Rumah Terbalik Ini.Korang Pasti Akan Di Ceritakan Semuanya Kerana Cerita Beliau Adalah Berkaitan Dengan Rumah Tersebut & Termasuklah Segala Barang- Barangan Dalam Rumah Terbalik Itu.

Disebabkan Terlalu kagum & Sedikit Teruja Melihat barangan-Barangan di dalam Rumah tersebut dalam Keadaan Terbalik,Aku Jadi Tak Fokus Sangat Dengan Tour Guide Tue Cakap.Hahaha
Menurut Tour Guide,Barangan  Yang Paling Berat Dalam Rumah Itu Di gantungkan Ke Lantai (Siling) Ialah Mesin Jahit.Ianya Mengambil Masa 2 Minggu Untuk Meletakkan ia Dalam Keadaan Terbalik.Woowww!! Begitu Lama Kan? Aku Pun Rasa Seperti Tak Percaya Betul Atau Tak apa yg Tour Guide Tu Cakap..hihihi
Setelah Habis Meronda-Ronda dalam Rumah Terbalik Tersebut,Kami Pun Keluar & Pergi Ke Kedai Cenderamata   Untuk Mengintai Barangan-Barangan Cenderamata Yang Di Jual.Terdapat Juga Kafe &  Tandas Di sediakan Untuk Pengunjung,Namun Pastikan Korang Menggunakan Tandas Di Bahagian Luar & Bukannya Di Dalam Rumah Terbalik Erkkt..Hahaha.Sebelum Pulang Kami Sempat Mengambil Beberapa Keping Gambar Kenangan Berlatarkan Rumah Terbalik sebagai  Bukti kami Pernah Datang ke Sana.Hihihi
Azrie & Efa

Gambar Bersama Peminat 
Gambar Bersama Peminat Dari Sarawak
Peminat No 1 Saya..Hahaha
Gambar Berlatarkan Rumah Baru Saya
***Korang Yang Kat Semenanjung Nun Sana Tue Bila Plak Nak Datang Sabah ? Meh La Datang Sini..
Bila Datang Sabah Jangan Lupa Mengunjungi Rumah Terbalik Nie Errk,Confirm,Korang Akan Berasa Kagum Dengan Senibina Rumah Ini.Huhuhu