Friday 23 August 2013

Doakanlah Saudara Islam Kita Di Mesir Yang Ditindas



Buat Kita Semua Yang Sedang Menjadi pemerhati Luar. .
Bukalah Tempurung Besimu. Lihatlah Sekitar Mu Kini..
Saudara Di Mesir Kita Sedang Di Tindas..
Adakah Kita Masih Berdiam?

Jika Sekarang Kita Dan Musuh Islam Sama-sama Bersuka.
Tunggulah.. Tak Lama Lagi.. Nanti Dunia Islam Akan Kembali Menderita.
Berdoalah..Dan Teruslah Berdoa..
Doakan Untuk Saudara-Saudara Islam Kita Yang Di Tindas 
Walau Hanya Dengan Doa,Itu Sudah Membuat Kita Ambil Kisah.



Saturday 3 August 2013

Bangga Menjadi Muslim?



Alhamdulillah,Bersyukurlah Kita Kerana Allah Masih Memberi Nikmat IMAN & ISLAM Kepada Kita Sehingga Hari Ini.

Tapi..Pernah Kah Kita Bertanya Pada Diri Sendiri...
Kenapa Kita Masih Beragama Islam?
Adakah Kita Itu Benar-Benar Seorang Muslim?
Adakah Kita  Itu Mengamalkan Semua Yang Di Ajarkan Dalam Islam?

Cukup Dengan Beberapa Soalan Ini Kita Pasti Akan Sedar Betapa Kuatnya Amalan Kita  Selama Ini.Adakah Kita Beragama  Islam Itu Disebabkan Kita Di lahirkan Oleh Keluarga Muslim,Maka Kita Menjadi Muslim? Dan Mungkin Ada Yang Sedar  Yang Kita Ini Cuma Islam Pada I/C ,Tapi Hakikatnya Bagaimana?

Bila Di Tanya Kenapa ISLAM Kau Pilih..Pasti Kebanyakan Jawapannya Adalah Kerana "ISLAM IS THE BEST" , "ISLAM IS PERFECT", "ISLAM ITU TERBAIK","ISLAM ITU SEMPURNA". Yah...Jawapannya Benar,Kita Kena Yakin Dengan Islam Kerana..

Allah Telah Berfirman Dalam Surah Al-Maidah Ayat 3.
"..  Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu..."

Tapi...Aku Yakin,Kebanyakan Di Luar Sana Kurang Tahu Kenapa Kita Perlu Solat,Kenapa Kita Perlu Baca Al-Quran,Kenapa Kita Perlu Menutup Aurat Dan Kenapa Kita Perlu Berpuasa Di Bulan Ramadhan.Dan Sebab Kurang Tahu Itulah Kebanyakannya Yang Tidak Ikut Ajaran Islam. Dan Ada Juga Yang Sudah Tahu Tapi Berpura-Pura Tidak tahu. Kan?

Peringatan Buat Diri Sendiri Juga..

Jᴀɴɢᴀɴ Cᴜᴍᴀ Mᴇɴᴊᴀᴅɪ Mᴜsʟɪᴍ & Bᴀɴɢɢᴀ..
Jᴀᴅɪʟᴀʜ Mᴜsʟɪᴍ & Aᴍᴀʟᴋᴀɴ..
Jᴀɴɢᴀɴ Bᴇʀɪᴛᴀʜᴜ ᴍᴇʀᴇᴋᴀ Kᴀᴍᴜ Aᴅᴀʟᴀʜ Mᴜsʟɪᴍ..
Tᴀᴘɪ TUNJUKKAN Kᴇᴘᴀᴅᴀ Mᴇʀᴇᴋᴀ Bᴀʜᴀᴡᴀ Kᴀᴍᴜ Iᴛᴜ Sᴇᴏʀᴀɴɢ Mᴜsʟɪᴍ..

Jika Kita Percaya Islam Itu Benar-Benar Yang TERBAIK, Kita Sebagai muslim Buktikanlah Bahawa Kita Sebagai Umat Nabi Muhammad S.a.w Adalah Yang Terbaik Melalui Amalan Kita,Tingkah Laku Kita,Percakapan Kita,Pemakaian Kita, Aktiviti Seharian Kita Mahupun Aktiviti Sosial Kita Dan Zahirkan Dalam Semua Aspek Kehidupan Yang Lain.

Jangan Biarkan Sesama Kita Jauh Terpesong Dari Ajaran Islam. Kalau Kita Terus Biarkan..Nescaya,Tidak Hairan Jika Suatu Hari Nanti Bila Kita Berjumpa Dengan Seorang Yang Mengaku MUSLIM ,Tapi Dia Tidak Bangga Menjadi MUSLIM.

Aku Menasihati Kamu,Bukan Bermakna Aku Adalah Yang Terbaik Di Kalangan Kamu.Aku Juga Manusia Yang Tidak Lari Dari melakukan Kesilapan Dan Dosa.Sekadar Memberi Peringatan Untuk Sendiri Diri Dan Kawan-Kawan Lain. Apa Yang Baik Datang Dari Allah,Apa Yang Buruk Datang dari Diri Saya Sendiri.

Wallahualam.

Thursday 1 August 2013

Untuk Kau Yang Ada Sakit Hati



Hati Itu Merupakan Ciptaan Yang Unik Yang  Berubah Mengikut Anasir.
Sama Ada Dia  Berubah Ke Arah Baik Atau Buruk...
Kadang-Kadang Hati Kita Seronok, Kadang-Kadang Dia Elok,
Kadang-Kadang Dia Keronyok-Keronyok Atau Macam Pisang Bonyok.
Betul Kan?

Tapi Kau Kena Ingat...
Walau Macam Mana Pun Hati Itu Sakit, Teruk Atau Buruk Mana Pun Dia,
Dia Tetap Berada Dalam Badan Kita..Dalam Jasad Kita...
Jadi memang Tanggungjawab Kita Untuk Menjaganya,Merawatnya Dan Memulihkannya Kembali.

Persoalannya,Bagaimana Caranya?
Belah Dada Dan Buang Hati Kita? Atau Biarkan dia Buruk Membusuk  Hingga Menjadi Hina?

Jawapannya Mudah..Kembalikan ia Pada Pencipta Hati.
Hanya Penciptanya Saja Tau Sakit Pedihnya.
Hanya Penciptanya Saja Yang Ada Penawarnya.
Hanya Penciptanya Saja Yang Mampu Merawatnya.
Itulah Sebabnya Kita Kena Selalu Berada Dekat Dengan Ilahi..
Sebab Kita Tak Tak tahu Bila Hati Kita Akan Sakit Lagi..

Bila Mana Kau Sudah Sembuh Dari Penyakit Ini,
Kau Akan Lebih Mengerti Pentingnya "Perkongsian Perasaan" Dan Paling Penting Kau Akan Sedar Hebatnya Kuasa "Memaafkan" Orang Untuk Hidup Di Dalam Dunia Kebahagiaan. Percayalah !!

P/s : Moga-Moga, Hatimu Cepat Sembuh Dan Tak Sakit Lagi. ^__^



Monday 29 July 2013

Pilihlah Jalan "Kanan"


Lihat Dunia Ini..
Terlalu Ramai Orang Yang Berada Di Haluan Kiri,
Padahal Mereka Yakin,
Laluan Yang Benar Bukanlah Berada Di Kiri.

Tapi Sebenarnya..
Ada Segolongan Juga  YangTidak  Mahu Kekal Di Sana,
Cuma Diri Mereka Tidak Cukup Pengetahuan Dan Stamina,
Untuk Memanjat Tembok Diri,Seteguhnya Tembok China,

Percayalah,
Terlalu Ramai Juga Yang Sudah Berada Di kanan,
Tetapi Mereka Tewas Pada Setiap Ujian,
Yang Digelar Dugaan,

Ku Berpesan..
Bila Kau  Berada Di Kanan,
Pastikan Setiap Langkahmu Tidak Keluar Di Landasan.
Walaupun Penuh Dugaan,Tempuhilah Dengan Kesabaran,
Yakinlah  Kau Bahawa Itu Adalah Sebenar-Benarnya Ajaran.

Tapi..
Jika Kau Masih Berada Di Kiri,
Lawanlah Nafsu Dan Syaitan Penipuan,
Dan Ambillah Jalan Kanan Ketika Berada Di Persimpangan,
Sebelum Tamatnya Jalan MATI Di Hadapan.


Thursday 7 March 2013

Hati Sakit Kerana Di TIKAM!!



Kawan....
Sahabat Senang Berkawan Dengan Kawan,
Kawan Baik Hati Dengan Sahabat,
Kawan Mesra Dengan Sahabat,
Kawan Membantu Bila Sahabat Memerlukan,

Tapi....Tiba-tiba hari ini,
Kau Yang Bergelar Kawan,
Merobek !
Mencarik !
Menikam !
Membunuh Sahabat !

Sahabat Cuma Mampu Bersabar...
Mungkin Kawan Lupa Definisi hormat,
Mungkin Kawan Lupa  Definisi Kawan,

Sahabat Nak Berpesan,
Dunia Ini Tempat Kita Kawan,
Sahabat & Kawan Saling Memerlukan,
Kawan Pasti Memerlukan Sahabat ,
Bukan Bermaksud Sahabat Di Sini Saja! Tapi Sahabat Yang Lain..Ingat!
Kawan Tak Kan dapat Hidup Tanpa Sahabat Lain, Percayalah!!
Ubahlah...Jangan Di ulang..

Tapi Jangan Risau,
Sahabat Di Sini  Hatinya  KENTAL,
Sahabat Di Sini Sabarnya TINGGI,
Sahabat Di Sini Jiwanya Mampu Menahan TUSUKAN.

Walaupun Sakit..Sahabat Masih Mampu Bertahan.
Bertahan Melalui Doa-Doa Untuk Kekuatan Diri Sahabat Sendiri.
Berubah Lah kawan..Sahabat Sentiasa Memaafkan.
Tak Payah Meluahkan Dengan Sahabat..
Sahabat Faham Dan Sentiasa Memaafkan
Walaupun Sahabat  Masih Sakit...Kerana di TIKAM!! :'(



Tuesday 8 January 2013

Segmen : Saya Blogger Dari Negeri...?


Haha....Tadi Sambil2 Blogwalking,Nampak Plak Banner Dari  Apit Nie,Perrghh!! Cantikk...Colourful Gitu.Huhu.So, Nak La Tumpang kaki Join Sekali..Saya Blogger Dari SABAH!! **Ok bha Kalau Kau..Haha.Asal Dari Sandakan,Sabah. Di Samping Tambah Blogger, Bolehlah Kan Kita Sama-sama Share Benda Menarik Kat Negeri Masing-Masing..Hehe

Apa Yang  Tempat/Makanan/Benda Yang best Kat Sabah Nie? Banyak Sebenarnya...Kalau Nak Cerita Semuanya Memang Panjang Berjela-jela Entry Aku Nie.Haha. Jadi Aku Share Sikit Jak Apa Yang menarik Di Negeri KAMI Ini. (Amboi..Siap Bold Lagi,Bagi nampak Sikit Semangat Kenegerian..Haha)

1. Gunung Kinabalu
Tempat Pertama,Tentu Sekali Gunung Yang Paling Terkenal di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu. Gunung Yang Tertinggi Di Asia Tenggara. Huhai,Bangga Siot Ada Kat Negeri Aku.Muehehe. Tapi Secara Jujurnya Aku Pun Belum Lagi Naik daki Gunung Kinabalu Nie,Hohoho. InsyaAllah,Kalau Ada Rezeki Memang Nak Sangat Naik Kat Atas Nie,Mesti Best kan? ^__^


2. Rumah Terbalik
Hah..Jgn Nak Terbalikkan Laptop Korang Plak. Ini Betul-Betul Rumah Terbalik Okay. Rumah Terbalik Yang Pertama Di Malaysia kot. =,= Kagum Dengan Ciptaan Ini,Anak Jugak Anak Malaysia Yang Asal Negeri Sabah Kreatif  Dapat Bina Rumah Terbalik Seperti Ini.Bukan sahaja rumah ini terbalik dari segi struktur binaannya tetapi hiasan dalaman rumah ini juga terbalik, ruang tamu, bilik tidur, ruang dapur, tandas dan perhiasan dindingnya. Tak Percaya? Jom Datang Sabah ^__^
Entri INI ,Bukti Saya Pernah Ke Sana..Hoho


3. Pulau-Pulau Cantik Di SABAH
Waaahhh...Memang Banyak Pulau-Pulau Cantik Di Sabah. So Aku bagi Tajuk Pun Umum Jak,Sebab Kalau Nak Cakap Satu-Satu Memang Banyak Sangat Pulau Cantik Di Sabah nie tau. Memang Negeri Sabah Kaya Dengan Pulau-Pulau Cantik. Bagi Siapa Nak Berbulan Madu Ke,Melancong Ke, Memang Kat Sini Lah Tempat Yang Aku Cadangkan. Perrghhh!! Terbaaiikkk sioott!! ^__^

Oklah...Cukup 3 Tempat Yang Best Kat Sabah yang Aku  ingin terangkan,Tempat Lain Plak...Biar Bagi Blogger Sabah yang Lain Plak Terangkan. Takut Dorang Tak Da Budget Plak Nak Update tentang Sabah. (Nampak Sangat Aku Tak Tamak Kan? Hahaha)

Kalau Ada Blogger Dari Tempat Lain  Yang Nak Datang Sabah. Mari-Mari, Kami Sambut Kedatangan Korang Dengan Hati Yang Terbuka. Contact2 Jak, Mana Tau Boleh Lepak Sama-Sama..Hehe ^__^

Wassalam.