Saturday 3 August 2013

Bangga Menjadi Muslim?



Alhamdulillah,Bersyukurlah Kita Kerana Allah Masih Memberi Nikmat IMAN & ISLAM Kepada Kita Sehingga Hari Ini.

Tapi..Pernah Kah Kita Bertanya Pada Diri Sendiri...
Kenapa Kita Masih Beragama Islam?
Adakah Kita Itu Benar-Benar Seorang Muslim?
Adakah Kita  Itu Mengamalkan Semua Yang Di Ajarkan Dalam Islam?

Cukup Dengan Beberapa Soalan Ini Kita Pasti Akan Sedar Betapa Kuatnya Amalan Kita  Selama Ini.Adakah Kita Beragama  Islam Itu Disebabkan Kita Di lahirkan Oleh Keluarga Muslim,Maka Kita Menjadi Muslim? Dan Mungkin Ada Yang Sedar  Yang Kita Ini Cuma Islam Pada I/C ,Tapi Hakikatnya Bagaimana?

Bila Di Tanya Kenapa ISLAM Kau Pilih..Pasti Kebanyakan Jawapannya Adalah Kerana "ISLAM IS THE BEST" , "ISLAM IS PERFECT", "ISLAM ITU TERBAIK","ISLAM ITU SEMPURNA". Yah...Jawapannya Benar,Kita Kena Yakin Dengan Islam Kerana..

Allah Telah Berfirman Dalam Surah Al-Maidah Ayat 3.
"..  Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu..."

Tapi...Aku Yakin,Kebanyakan Di Luar Sana Kurang Tahu Kenapa Kita Perlu Solat,Kenapa Kita Perlu Baca Al-Quran,Kenapa Kita Perlu Menutup Aurat Dan Kenapa Kita Perlu Berpuasa Di Bulan Ramadhan.Dan Sebab Kurang Tahu Itulah Kebanyakannya Yang Tidak Ikut Ajaran Islam. Dan Ada Juga Yang Sudah Tahu Tapi Berpura-Pura Tidak tahu. Kan?

Peringatan Buat Diri Sendiri Juga..

Jᴀɴɢᴀɴ Cᴜᴍᴀ Mᴇɴᴊᴀᴅɪ Mᴜsʟɪᴍ & Bᴀɴɢɢᴀ..
Jᴀᴅɪʟᴀʜ Mᴜsʟɪᴍ & Aᴍᴀʟᴋᴀɴ..
Jᴀɴɢᴀɴ Bᴇʀɪᴛᴀʜᴜ ᴍᴇʀᴇᴋᴀ Kᴀᴍᴜ Aᴅᴀʟᴀʜ Mᴜsʟɪᴍ..
Tᴀᴘɪ TUNJUKKAN Kᴇᴘᴀᴅᴀ Mᴇʀᴇᴋᴀ Bᴀʜᴀᴡᴀ Kᴀᴍᴜ Iᴛᴜ Sᴇᴏʀᴀɴɢ Mᴜsʟɪᴍ..

Jika Kita Percaya Islam Itu Benar-Benar Yang TERBAIK, Kita Sebagai muslim Buktikanlah Bahawa Kita Sebagai Umat Nabi Muhammad S.a.w Adalah Yang Terbaik Melalui Amalan Kita,Tingkah Laku Kita,Percakapan Kita,Pemakaian Kita, Aktiviti Seharian Kita Mahupun Aktiviti Sosial Kita Dan Zahirkan Dalam Semua Aspek Kehidupan Yang Lain.

Jangan Biarkan Sesama Kita Jauh Terpesong Dari Ajaran Islam. Kalau Kita Terus Biarkan..Nescaya,Tidak Hairan Jika Suatu Hari Nanti Bila Kita Berjumpa Dengan Seorang Yang Mengaku MUSLIM ,Tapi Dia Tidak Bangga Menjadi MUSLIM.

Aku Menasihati Kamu,Bukan Bermakna Aku Adalah Yang Terbaik Di Kalangan Kamu.Aku Juga Manusia Yang Tidak Lari Dari melakukan Kesilapan Dan Dosa.Sekadar Memberi Peringatan Untuk Sendiri Diri Dan Kawan-Kawan Lain. Apa Yang Baik Datang Dari Allah,Apa Yang Buruk Datang dari Diri Saya Sendiri.

Wallahualam.

1 comments:

boni kacak said...

terima kasih bro sebab mengingatkan... :)

selamat hari raya aidilfitri juga bro. maaf zahir dan batin... :)