Wednesday 11 April 2012

Erti Nikmat Bermula Dari Malam Itu ^_^

Gambar Sekadar Hiasan Blog :p


Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua
[Entri Ini Adalah Entri Tidak Senonoh]
Harap Maklum!! :) Namun Masih Menjaga  Tatasusila Serta Mendapat Kelulusan Daripada Akta Penapisan Filem. Entri. Teruskan Membaca K.. ^_^

Ingat lagi Aku Ketika Itu,Saat Itu Umur Aku Baru Ingin Mencecah Umur 12 Tahun.Aku Tak Tahu bagaimana Aku Ingin memulakan Cerita ini Kepada Korang,Saat-Saat Kenangan tersebut merubah segalanya.Sejak Peristiwa Itu,Barulah ku tahu apa Makna "Nikmat" sebenarnya.Dan Aku percaya, semua orang pernah melakukannya secara sengaja atau Tidak.Mungkin Ada Jugak Yang melakukannya secara Terpaksa.Aku benar-benar Pasti dengan kenyataan aku Ini.Yakin!! Yeaahh...

Cerita Itu Bermula Begini,Ketika itu Cuti Sekolah , Dan Aku Menghabiskan Cuti-Cuti Sekolah Aku di kampung Halaman Yah,Ini merupakan First Time Nya Aku memijak Kampung.Al Maklumlah Aku Nie Kan Di Lahirkan di kawasan Bandar,Jadi Aku tak biasa sangat dengan kehidupan Kampung.Aku Bagaikan Rusa Tapir Masuk kampung Ketika Itu,Menjadi Kebingungan Tak Keruan.Aku Kelihatan sangat  Daif .Pelbagai Aktiviti di kampung Yang Amat  Baru Bagi Aku.Hinggakan Seekor Babi Hutan Pun Aku Boleh Panggil Anak Gajah..Ishh...Tengok,Betapa Daifnya Pengetahuan Aku Ketika Itu,Ini Kan Plak Bila Aku Melihat Anak Macik Jumpang umo 2 Tahun Berlari-lari tergedek2 & berbogel berkepala Botak Yang Ku sangka Toyol sesat  di tengahhari...Ish2x.Hampir saja Tendangan Tumit2 Kaki Aku Mengena Tepat di dahi Budak Itu,Nasib Baiklah Budak itu sempat Menabik dada lalu tabik Hormat Kepadaku,Kalau Tak,Memang Tak sempat Budak Itu Merasa Zaman Balighnya.Ok,Part itu aku Tipu,Harap Tiada siapa Yang tertipu.!! Haha Korang jangan nak percaya sangat la kata2 Aku kan...Hahaha

Ok,kita sambung Cerita agar Kisah2 Penipuan Ku ini Makin romance dan mengghairahkan lagi kisah ini.Ok..Malam Itu,Aku memang tak dapat tidur,di sebabkan Penyakit Awesomenya atau Nama saintifiknya INSOMNIA itu menyerangku lagi.Oleh Itu,Aku berkeputusan Untuk tidak tidur di malam pertama aku bermalam di kampung aku itu.Pelbagai Aktiviti Yang Ku lakukan di malam tersebut agar mengembalikan keaktifan mataku di kala malam menjelang.Antaranya Ialah menyusun Puzzle,bermain Teng-teng di dalam bilik,lompat2 Bintang di atas katil.Setelah Penat melakukan pelbagai aktiviti bagai.Aku Pun Merebahkan tubuhku d tilam yang  Empuk & bantal yang gebu.Saat Itu,Secara dengan Tidak sengajanya Aku telah Tertouch Lubang Hidung Aku dengan tangan aku,hidungku  terangsang! Aku hairan Seketika!! Lalu Aku mengulang aktiviti terssebut dengan menggunakan Jari Kelingking..Fuh!! Aku semakin Gian...Aku mencuba pulak menggunakan Jari telunjuk Pula.Fulamaaakkkkk!! Nikmat wehh... Semua " Harta2 Karun" Yang dah berlombong dalam lubang tersebut dapat ku keluarkan.Terdapat jugak beberapa Cebis Bulu Hidung turut menumpang keluar dengan Usaha pengorekan Aku itu..Di  samping Kenikmatan tersebut aku telah mendapat inspirasi untuk menggunakan peribahasa baru untuk ku gunakan dalam karangan UPSR pada masa itu...Apa dia?? "Mengorek Hidung Menjamin Kebersihan Diri"..Haha

Keesokan Paginya  Aku dapati ada sebuah Jari masih rancak mengorek2 Hidung Aku.Pabila Ku Membuka Mata,Alangkah Terkejutnya Aku dengan Kehadiran Beruang Panda memasukkan Jari kakinya Ke dalam Hidungku.Aku Meronta-Ronta lalu berteriak meminta tolong untuk di lepaskan oleh beliau.Setelah penat meronta aku pun merelakan beliau dengan Aktiviti beliau sehinggalah Aku terlelap sekali lagi atas kenikmatan itu.Akhirnya,Setelah Membuka mata aku dapati seekor Teddy Bear Sebesar manusia berada di sampingku.Perrghhh!! Rupanya Beruang Tadi Adalah Halusinasi Ku Sahaja.Namun...Aku Masih Hairan!! Siapakah Yang Membawa Teddy Bear Sebesar itu ke dalam Bilik Aku?? Adakah Beliau ialah Awal Ashaari?? No...No...Tentu sekali Bukan.Jangan Terpengaruh sangat Dengan Media Massa.Ok...Untuk menjawab persoalan ini,Biarlah Gua Pergi tanya Nenek Gua dulu K..Korang Tunggu La sini ..Korek Hidung sambil baca entri-entri Lama Aku.Kejap lagi Aku Akan Kembali.Daaa..Wasalam. ^_^

Korang Korek Hidung Menggunakan Jari Apa? Kelingling? Telunjuk? Ibu Jari?Jawab Jangan Tak Jawab..Hahaha Jangan Nak Tipu Aku plak yang Korang Tak Pernah Korek Hidung Korang!! Kalau Belum Korek..Jomlah Korek Beramai-Ramai Secara Berjemaah.!! Hahaha