Wednesday, 15 February 2012

Gelilah,Tak Tahan Rasanya..

Assalamualaikum  & Selamat BeRABU Semua .Hari ni tangan aku dah Masuk Beberapa hari berpuasa mengupdate Blog.Hati  Aku Pun Rasa ghairah yang Membuak . Sampai  jari jemari ku yang sasa Nie pun Rasa Nak Menggatal Sangat Menekan Keyboard2 Aku Yang Berbody Slim & Putih Mulus Nie.Tekan Punya Tekan...Picit Punya Picit Akhirnya Blog Aku Pun Terupdate La Jugak Hari Nie..Hahaha.Apesal plak Penulisan aku Berunsur [18SX ]  plak tiba-tiba nie.Grrrr... . Sebelum JAIS & JAKIM Menerjah blog aku yang ganas nie & buat rasa korang GELI gemelan  sambil geleng-geleng kepala dan menari-nari  mengiringi lagu background blog aku nie,Alangkah baiknya Kita Bercerita Tentang Kisah Aku di saat Aku masih Kanak-kanak & Comel di ketika Dahulu.Hahaha

Saat Itu Sama Seperti Hari Ini ,Di waktu yang sama & Kekiutan Ku Masih SeCUTE yang sama jugak seperti hari ini.Di kala Keboringan ku di tahap Kritikal & Sukar di kawal hingga semua rongga2 badan ku tiada apa yang dapat di korek lagi. Aku pun melepakkan diri kat rumah member aku Titus Bonai [Merangkap Kawan Baik Aku] . Beliau merupakan seorang lelaki yang tidaklah sehensem Aku,berkulit hitam legam,perut boroi 1 kaki kedepan ,Rambut kerinting berbelah tengah,lubang hidung yang terlalu besar sehingga sering menyukarnya  beliau mengawal tempo lelehan ingus beliau.Walaupun Aku GELI dengan beliau Namun Di sebabkan Kejujuran & Kemuliaan Hati serta  Keikhlasan Hati,Aku tetap menerima beliau sebagai kawan aku.Namun Hari itu telah merubah segalanya & Meninggalkan Kesan GELI yang mendalam & Bulu Aku meremang Hinggalah saat Ini.

Gambar Sekadar Hiasan
Titus Merupakan Satu-satunya yang kawan Aku yang mempunyai personaliti yang pelik & Sering mengagumkan orang lain.Hobi-hobi beliau yang Menggorek Hidung tanpa henti berjam-jam lamanya,Kentut kuat tanpa rasa bersalah,Menciritkan diri merata-rata & Mengemari makanan eksotik .Atas Sebab Ini lah ramai kawan beliau memutuskan tali persahabatan & tali pusat mereka.Namun Aku tetap berkawan bersama Titus,sehingga titus Menganggap aku sebagai  Abg kandungnya sendiri tanpa restu yang sah dariku.

"Man,Ko Nak Makan Apa? Aku Nak Masak Nie" Teriak Titus Dari Dapur.

"Tak Payah Susah-Susah lah Bro,Aku datang Sini nak lepak & bebual ngan ko je...Boringlah kat rumah.Ko buatlah Ayam goreng masak Mayonis,Ikan Siakap Tiga rasa,Ikan Baulu Bakar Masak Pedas,Bakso Makasar,Assam Laksa Penang.Pastu Jangan Lupa Minuman fevret Aku erkk..Horlicks Sejuk 5 Gelas k." Teriak Aku Sambil membaca Note kecil list makanan dari poket aku, yang mana  ku sempat buat Sebelum datang ke rumah beliau.

"Ok! " Jawab titus Ringkas Sambil menyumbangkan lagu fevretnya,Jong-jong inai.

Setelah 5 jam Aku melayan  20  DVD siri katun Hello Kitty & 10 DVD Barbey Milik Titus,Titus Pun Muncul Keluar dari dapur dengah wajah Hodohnya itu dengan belenggang-lenggang  seperti itik yang gedik  sambil membawa makanan yang aku Order darinya tadi.Dia Mendekati aku & duduk di sebelah aku.Aku Melihat Bibir sexy Titus Terketar-ketar seperti ingin mengatakan sesuatu.Saat itu suasana bertukar Cemas,Titus Memandang Tepat ke mataku,Jantung Aku berdegup kencang Dubdabdubdab ,Serta merta Air peluh membasahi dahiku & ketiak ku.Aku Cuba bertenang mengawal nafsu syahwat & GELI ku.Demi Untuk Tidak Memburukkan Keadaan , Aku pun menendang Mata , Jari & Kaki Beliau Dengan Sekuat hati tanpa belas kasihan.Titus Terpelanting & tersungkur Sehingga 5 Kilometer jauhnya akibat tendangan padu ku.Aku Pun Hairan dari mana aku mendapat tenaga Untuk menendang sebegitu kuat. "Mungkin ini lah hasil akibat peminuman Kacip Fatimah yang ku amalkan sejak sebulan lalu",Aku bermonolog Sendiri.Setelah masih dalam kebingungan,Aku pun berlari-lari anak mendapatkan Titus.

"Bro,Apa Salahku? Tadi Aku Cuma Ingin Katakan Yang Susu  pekat manis Dah Habis,Jadi Horlicks Ko Kurang Manis sikit ",sambil menangis teresak-esak seperti bayi yang baru lahir.

Setelah hampir setengah jam ku gagal memujuk beliau.Aku terus berlari dengan selajunya mendapatkan Kedai Runcit Terdekat dan membeli Lolipop & memberikan Kepada Titus.Titus berhenti menangis &  menepuk2 tangan,Melompat-lompat bintang  dengan rasa gembira saat Melihat aku memberinya Lolipop.

"Dahlah,Jom Makan !",Sergah ku dengan penuh Kehenseman itu.

Kami Pun Melahap Makanan Yang Di masak Oleh Titus masak sebentar tadi.Kami melahap makanan itu dengan lazatnya walaupun Agak GELI jugak bila terjumpa lalat & lipas mati dalam masakan beliau.Namun,Di sebabkan terlalu Lapar Aku cuba meneruskan suapan ku Hingga lah Juadah tersebut Habis.

Selepas Beberapa Hari selepas menendang Titus.Aku mendengar Khabar Bahawa Titus Mendapat Penyakit Yang Ganjil.Dan Akibat Malu yang melampau-lampau beliau melarikan Diri ke Indonesia .Setahun kemudian Beliau Mempostkan Gambar-gambar Penyakit di halaman sosial Facebook.Meremang Bulu Roma Aku melihat gambar2 Beliau.Rasa Nak Muntah Pun Ada.Lihat Gambar Kat Bawah Ini.!!





GELI Kan? Aku Harap Penyakitmu Akan Cepat Sembuh Kawan.Kini Titus Telah Menjadi Pemain Bola Sepak Terkenal  Di sana.Tahniah Kawan.Semoga kamu baik-baik sahaja Di sana.

*Pengajaran - Hargailah Kawan-Kawan Yang Kita Ada.Bantu & Jangan Tinggalkan Kawan-Kawan Kita Di Saat Mereka Dalam Kesusahan & Memerlukan Kita.

Sila Komen & Like Sekiranya Korang Suka Entri Ini ^_^

4 comments:

HaziQ said...

naaa bro ak org first nie komen! yucks! just one word..euwww~

dya nasir said...

geli tgk pic tu

Cik Comey said...

mmg Geli Geleman bila tgk pic tu n GELI HATI bila baca citer psl TITUS...hiihiiii

Unknown said...

eh kin geli eh tu gmbr..done follow u back..