Thursday, 9 February 2012

Ada Apa Dengan Hari Itu ?




Assalamualaikum Reader...Selamat Pagi,Petang & Malam Memandangkan Pemabaca-pembaca blog aku ini kini  di baca oleh blogger-blogger dari dalam & Luar Negara kini.
Apa Khabar Your All.Harap-Harap Sihat Walafiat Semuanya,Lama Dah Tak Update Blog,Nie pun Da beberapa Hari Tak da On9 Disebabkan  Ada Sedikit Problem Ataupun Dalam kata lain Ada masalah.
Hahaha.
Nak Tau Masalah Tue? Jom ...Teruskan Membaca..

Kali Ini Aku ingin kisahkan Tentang Kejadian Ataupun  peristiwa Menyayatkan Hatiku Pada 6 Haribulan ,bulan dua tahun Naga(2012).Kisahku Bermula begini.Pada Hari itu cuaca baik-baik saja.Bangun Awal pagi  Sekitar jam 6.30.dengan menghirup udara yang segar,Hati bangun dengan tenang,jugak kedengaran kicaun burung Yang Berterbangan .Namun Kadangkala Terdengar Jugak Selitan pekikan jiran cina Sebelah Rumah  aku menyanyi Lagu Kuch Kuch Hota hei & Juga Lagu Tepuk Amai-Amai.! Arrgghh!! awal2 Pagi dah memekik.Hmmm..
Kenapa?? kenapa Aku Awal Bangun pagi Hari tue? Kenapa?? Kenapa? (Sambil beteriak2).Setelah Menghantukkan Kepala Kat Dinding Konkrit Bilik Aku & Mengheret2 Dahi D lantai bilik Aku.
Akhirnya Baru la Aku mengingat Tujuan Aku Bangun Awal Pada Pagi itu.Rupanya-Rupanya Cuti Sem Dah Habis & Kena Balik Ke  Kota Kinabalu Untuk  Meneruskan Pengajian Ku.Alalala.

Pagi Itu aku Menaiki Bas Ekspress Tung Ma.Agak Lawa Juga Bas Tersebut berwarna Coklat ,Penumpang-Penumpangnya Jugak Kebanyakannya Cantik-Cantik & Hensem-Hensem Belaka.Cuma Pemandunya Kurang hensem sikit Dari Aku.Namun,Faktor Itu Langsung Tidak mengugat Aku Daripada Turun Dari bas itu & Mencari Bas Lain.Hahaha.Kebetulan pada hari itu tidak Ada Penumpang yg  Duduk sebelah Aku."Fuuhh!! baguslah" Agak Lega Sedikit Detik Kecil Hatiku.Kalau Takda Sekurang-Kurangnya  Aku dapat Mempelbagaikan Skill & Posisi Aku tidur Dalam bas Itu.Menelentang,Berbaring &  Betiarap,Gerakan Aku AKan Lebih  Bebas.Dan Sekiranya Aku Melepaskan Angin Beracun (kentut) Sekali pun,Org Akan Lambat Perasan & Sukar Untuk  Mengecam Tindakan Ku.Hahaha.


Setelah Beberapa Jam Perjalanan ,Lebih Kurang  Jam 1.30 Petang,Aku Pun Telah Tiba Di terminal Inanam Kota Kinabalu.Huhai.Kapet Berwarna Merah , Paluan Kompang Serta Bunga Manggar Menjemput Ku Dengan Rasa Hormat. Bodyguard Aku Mengawal Aku dengan Rapi Sekalisemasa Ketibaan Aku Kerana Ramai peminat Yang Meronta Memekik  Untuk Meminta Autograf Aku.Muahaha.Aku Terus Meluru Ke Arah  tempat Mercedes Benz Ku (Taxi ) Parking & Meneruskan Perjalanan Ku Ke Rumah Sewa Aku.

Sampai Jak Kat Rumah,Aku Pun Menarik Nafas Lega Sedalam-Dalamnya Hingga Hidung Aku nie mengembang 6 Inci & Mengeluarkan "Harta Karun Emas" Aku Tanpa Disengajakan.Aku Pun Dengan Hati Yang Gembira Mengeluarkan Kunci Rumah  Untuk Membuka Pagar & Pintu Rumah.
Setelah Pagar Ku buka,Aku Terus Cuba Membuka Pintu Lagi..Namun..Gagal...Ku cuba lagi...Namun Gagal Lagi & Terus Gagal.Arrgghh!!!

"Kenapa Nie,Kenapa Pintu Ini Xdapat Buka? Adakah Pintu Ke jalan Kebenaran Ini Tidak Dapat Menerima Aku? Adakah Aku Masih kurang Amalan Lagi Di Dunia Ini" Detik Kecil Hatiku Sambil Di iringi Muzik Kitaro carnavasary..

Ingat Punya Ingat...Dan Terus Aku Mengingat Rupanya Sebelum Pulang Cuti Sem hari tue tombol Pintu Itu Dah kami Tukar,Kunci Pun da Tukar kunci Baru. Aku Belum Lagi Duplicate Kunci Itu..
Aku Berteriak Kegeraman Sambil Memukul Dada Aku Seperti Gaya Seorang Tarzan,Arrgghh!!  Da la Cuaca Hari Tue Panas.Argghh!! Aku Pun Cuba MengSmS kawan-kawan serumah aku Bertanyakan di mana Mereka & Bertanya sekiranya Mereka Ada Menyimpan Kunci Rumah!
Sms Punya Sms...Kawan Lama Lagi Baru Balik. Tiba-Tiba Hp Aku Plak Empty Battery!
Ohmen...Aku Pun Terus Berlari Selaju Yang Mungkin Ketempat Yang Tinggi Lalu Menghempaskan Hp Aku Ke Jalan Raya & Memijaknya Berkali-Kali.Namu Hatiku Belum Puas,Ku Teruskan Larian Ke Restoran Berhadapan Jalan raya Tadi Lalu Merendamkannya Ke dalam Secawan Kopi Mak Cik Yang Duduk Kat Situ.Ku Menggaul Kopi Macik Tue Dengan Hp Aku Tanpa Memperdulikannya.

Gedebubb!!!
Kerusi Meja Tiba2 Mengandat Kat AtaS kepala Aku...

"Woii...Manyak Gila Punya Olang" teriak Macik Itu..

"Sorry Aunty My Mistake" Pintaku Meminta maaf sambil Berlaari Ke Arah Pintu Rumah Aku semula.

Aku Menjeling Pintu Itu Dengan Renungan Yang Tajam Tanda kegeraman,Sambil Mengusap-ngusap rambutku yang Menyerlahkan Kekiutan ku ni.Fuhh!! Aku Mesti Memikirkan Cara Untuk Membuka Pintu Itu.Aku Pun Terus Mencuba Dengan Menggunakan Kertas Yang Keras Untuk Mencucuk Membuka Pintu.
"Tap" Bunyi Pengelock Kunci Itu Berjaya Ku tolak Kertas keras Tadi Dan Pintu Terbuka...Hoyye!!
Dengan Perasaan Gembira Aku Pun Keluar kembali Untuk Memasukkan Beg2 Aku Kedalam Rumah.Tiba-Tiba Pintu Itu Di tiup Angin & Tertutup & Terlock Semula.Arrgghhh!!! Aku Cuba Menenangkan Diriku Atas Kebodohan Diriku Itu.Adeh!!


Setelah Beberapa Jam Aku Menangis Teresak-esak Seperti Gaya Anak-Anak Kecil Meminta Dipujuk  Namun Takda Seorang Pun Datang Memujuk.Aku Pun Bertekad Untuk Mencuba Sekali lagi Seperti gaya Ku mencucuk Pengelock Pintu itu Tadi.Aku Pun Mencucuk-cucuk Tombol Pintu Tersebut Dengan Penuh bergaya.Apabila Ada Orang Yang Lalu melihat Aku,Aku Akan Pura-Pura Menekan Tubi Sampai 100 Kali, Pura-Pura Pengsan Depan Pintu & Juga Pura-Pura Memberi salam sambil mengetuk rumah untuk meminjam Kuali agar aku tidak dicurigai sebagai penceroboh rumah,,hahaha.Pelbagai Peralatan Yang Ku gunakan Untuk Mencucuk tombol itu Antaranya Ialah Kertas Keras,Kulit Papan lapis ,Sim kad  & Besi.Setelah Menggunakan Besi Tipis itu Aku pun Berjaya Membuka Pintu itu.Fuhh!! Lega Hati...Bersyukur Ke Hadrat Ilahi Sangat2 Aku Ketika Itu.

Namun...setelah lebih kurang 5 Saat Aku Membuka Pintu Itu,Datang kawan Aku membawa Kunci Rumah Tersebut.Alangkah Terujanya Aku ketika itu.Dah lah Berjam2 Lamanya Aku Mencuba Membuka Pintu & Berjaya Ku Buka,Baru Plak Dia Datang,Rasa macam nak smackdown Jak Kawan Aku ketika itu.Namun Disebabkan Tahap Kesabaran  Ku Masih Dapat Ku Kawal & Untuk Mengekalkan Tahap Kekiutan Ku.Aku Pun Memberikan Senyuman Yang Paling2 Amat2 Termanis Yang Hanya Pernah Ku berikan Kepada Lisa Surihani saja Kepada kawan Ku Sambil Berkata. " Hai...Baru sampai Kah? Awal Jugak sampai " Sindir Sinisku..huhuhu
Dengan Penuh Rasa Penat Menunggu Di Luar Pintu Tadi ,Aku Pun Meneruskan Langkah Kanan ku masuk Ke dalam Rumah & MengON kan Kipas.Namun Ternyata Kipas Itu Tetap Statik Dengan Kedudukannya.Akhirnya Kawan Aku Terbaca Bil ElektrikDari TNB Yang menyatakan bahawasanya Bekalan Elektrik Rumah tersebut Telah Diputuskan.Oh No Men.!!!! Worst Day!! Arrgghh!! Rasa Seperti Nak Mengumumkan Darurat Jak Aku Time tau.Namun Ku Sabarkan Hatiku,,Hahaha

Dua malam Kami Hanya Bercahayakan Lampu Lilin Sahaja,Ala-Ala Romeo & Juliet Candlelite Diner..Mauahaha.Nie Lah Sebabnya Baru Sekarang Baru Dapat Update Blog Nie Semua Angkara Elektrik Tak Berbayar,,Hahaha.Sekian.

P/s :Sila Berikan tepukan Gemuruh Dengan menggunakan Tapak Kaki Dengan Cerita Saya Ini.Harap Korang Suka & Klik LIKE laju-Laju Mengalahkan Kelajuan Cahaya.Hahaha

3 comments:

Amirah Raduan said...

hahahhaaa kilik betol la...

SuparMan SuaRez said...

@Amirah Raduan

Hahaha....Semoga terhibur.
Harap terus Menyokong Hasil Karya saya..Hehehe

dya nasir said...

haha..sampai jadi tarzan tu..