Assalamualaikum Readers.
Dah Beberapa Hari Aku Tak Dapat Update Blog .Nie Semua Angkara Sistem Pengeroperasian Otak Aku Sejak Beberapa Hari ini Masih Membeku & Tidak dapat menjana Idea-idea Untuk meng'update'Kan blog nie.Ahahaha.Almaklum la Negara Saya England Kini Sedang Dilanda Musim Dingin salji yang Membuatkan otak saya turut keras membeku walaupun dipanaskan dengan Dapur Gas Kat Rumah Aku.Hahaha.Korang Apa Khabar?Harap Korang Sihat-Sihat Hendaknya.Kalau Ada yang sakit kepala tu,Pening-pening Ke,demam Ke..Aku Ada Satu Petua Agar Ianya Tidak terus Melarat & Tidak Menjangkiti Spesis-spesis Haiwan seperti Anjing Kurap & Anaconda Yang lalu Berhampiran Anda.Petua Dia Senang Je,Time2 Mak Korang Tengah Memasak Nasi Goreng Kat Kuali,Korang terjah Kuali Tersebut Lalu Korang Masukkan 10 Packet Panadol,Gaulkan Hingga sebati menggunakan dagu Korang .Bila Dah Rasa Sebati & Nasi Goreng Kelihatan Dah Masak,Korang Buang Semua Nasi goreng tersebut & Kunyah Kuali itu Sehingga Hilang Bau & Rasa.Hahaha.(Aku Dah pernah Cuba,Dan Secara Slow Motion Tong Gas Tiba-Tiba Hinggap Di kepala Aku oleh Mak Aku Kerana Menjahanamkan Kuali Beliau..Hahaha).Selepas Kejadian Itu Aku Tidak Pernah Pening-pening Mahupun Sakit Kepala lagi,Fuuhh!! Sungguh Mujarab Petua Itu.Hehehe
Berbalik Kepada Tajuk Entri Di Atas,Nak Di Jadikan Cerita Aku Nie Memang Sejak Dua Menjak Nie Semakin Gian Dengan Bola.Bila Tidur Mimpi Bola,Mandi Dengan Bole,Makan Pun Order beBOLA ikan..Ish3x..Nafsu Ku rasa Seperti Tidak Tertahan Seperti Ada Sahaja Yang Ingin Ku Tendang-tendang Menggunakan Kaki Ku Yang gagah & Sasa nie.Ada Apa Dengan Bola Nie? Kenapa Dia sering Menganggu & Menyelubungiku sejak Dua menjak erk.Kenapa Erk?? kenapa? Adakah Ini Tanda Liverpool Bakal Mendatangkan Aku Untuk Berganding Bermain Bersama Luis Suarez Di Barisan Hadapan Serangan? Arrgghh!! Al Maklumlah Kan Aku Nie Lelaki Sejati ,Tak kan Nak Main Batu Seremban & Main Lompat Getah Plak,Jatuh la standard Aku Sebagai lelaki yang kiut & kacak lagi bergaya yang digilai Ramai oleh gadis-gadis termasuk Lisa Surihani serta Miss Froggy Aku yang berada di luar sana kan.Hahaha. Rasa Nak Terkentut Plak Aku Bila Berterus Terang Macam Nie taw..Ok..Cukup! .Mungkin Ini Kali Terakhir untuk Berterus Terang.Hahaha.
Ya...!! Tapi Memang Secara Terus Terang Aku Juga Pernah hebat suatu ketika Dulu Di Dalam Sukan Bola Ini.(Fakta Ini Tidak Perlu Korang Nafikan).Hehehe.Teringat Time sekolah dulu Tiap Petang Aku Turun Padang dengan Kasut Bola Adidas F50 Adizero warna Biru Hijau dengan Penuh Langkahan Semangat Seperti bintang Bola Sepak Terkenal.
Dengan Wajah Yang Kiut lagi bergaya itu Aku berlari Dengan Sekuat Hati masuk kedalam Padang sambil Melambai-Lambai Ke Arah Peminat ku Yang sedang rancak bercerita di luar padang.
Aku Berlari dengan Sekuat hati Untuk Merampas Bola.Setelah Aku Berjaya Mendapatkan Bola,Aku Pun Mengelecek Dengan Mudah 24 Orang Yang Berada di dalam padang Termasuk Refree & Penjaga Garisan Sambil Makan Choki-choki & Waffle Perisa Coklat.Gerak permainan Ku Ketika Itu Tidah Ubah Seperti Idola Ku dalam Sukan Bola Sepak Ini iaitu Luis Suarez.
Aku mengelecek Dan Terus Mengelecek.Setibanya Aku Di dalam Kawasan Kotak Penalti,Sorakan Penonton Semakin Rancak & Kadangkala Kedengaran Teriakan Mak Aku Memanggil-manggil Namaku.Seperti Akulah Pemain Bola Sepak Yang Paling hebat & Paling Kiut Petang Itu.Aku Menjadi Semakin Nerves ,Neves ku Menjadi-jadi Menyebabkan Peluh Jantanku Memancut-mancut Keluar Risau Kalau-kalau Rembatan Ku Meleret Keluar dari Tiang Gol.Namun Itu Aku Cuba Untuk Fokus Untuk Menjaringkan Gol.Setelah One by One Dengal GoalKeeper,Aku Pun Mengenyit Mata Sebanyak Tiga Kali Sebelum Melepaskan Rembatan Kencang Ku Ke Arah Tiang Gol.Rembatan deras Ku itu Berjaya Di tahan Oleh Penjaga Gol.Tapi Disebabkan Fokus Penjaga Gol Tersebut Hilang fokus setelah Aku mengenyitkan Mata Tadi,Maka Bola Pun Masuk Ke dalam Tiang Gol Bersama-sama Penjaga Gol Tersebut.Tangan & Badan Penjaga Gol Kelihatan terketar Ketar Dalam Keadaan Baring sambil Melolong Seperti Kerasukan Tanpa Tujuan Selepas itu.
Setelah Menjaringkan Gol Tersebut Aku Pun Berlari dengan Penuh Kegembiraan , Berlari Mengelilingi padang & Melambai Ke Arah Penonton2 Yang Berada Di Luar Padang.Sedang aku Berada Dalam Mood Happy Melambai-lambai ke arah Peminat,Tiba-tiba Aku Melihat Tiang Gol Melayang .Tidak Sempat Ku mengucap Dua Kalimah Syadah & Mengelak,Tiang gol itu terus terpacak tepat Kat Kepala Aku.
"Weh Budak,Yang ko bebal Sangat Nie Kenapa? Kan Ini Tiang Gol Pasukan Ko...Kalau Nak Jaringkan Gol,Jaringkan Lah Kat Tiang Gol Lawan " Jerit Mak Aku Setelah Berjaya Mendaratkan Tiang Gol Kat Kepala Aku.
Aku Pun Dengan Malu Yang sangat-sangat terus bertukar menyamar Menjadi Seekor Kucing Yang Comel Sangat Sanbil Membunyikan "Meow,,,Meow,,,Meow" Melangkah Ke Luar Padang Untuk Mengaburi Mata Penonton-penonton & pemain di dalam Padang.Hahaha.Setelah Agak Jauh Dari Kawasan Padang,Barulah Ku bertukar Menjadi Manusia Semula.
Rupa-rupanya Angau Bola Ku Ini disebabkan Pertembungan Bola Antara Kelab Kesayangan Ku Liverpool Vs Manchester United Malam Ini.Jom Kita Pacakkan Diri Ramai-Ramai Pukul 8.45 Malam Nie depan Tv Astro ESPN Chanel 812 Erk.Tentunya Musuh Tradisi Ini Bakal Menyajikan Pertembungan Yang Sengit & Perlawanan Yang Di Tunggu-tunggu oleh Kebanyakan Peminat Bola Sepak Di Dunia Nie.
Assalamualaikum.
Klik LIKE & tinggalkan Komen Setelah Baca K..Thanx All ^_^
0 comments:
Post a Comment