Terlalu Ramai Orang Yang Berada Di Haluan Kiri,
Padahal Mereka Yakin,
Laluan Yang Benar Bukanlah Berada Di Kiri.
Tapi Sebenarnya..
Ada Segolongan Juga YangTidak Mahu Kekal Di Sana,
Cuma Diri Mereka Tidak Cukup Pengetahuan Dan Stamina,
Untuk Memanjat Tembok Diri,Seteguhnya Tembok China,
Percayalah,
Terlalu Ramai Juga Yang Sudah Berada Di kanan,
Tetapi Mereka Tewas Pada Setiap Ujian,
Yang Digelar Dugaan,
Ku Berpesan..
Bila Kau Berada Di Kanan,
Pastikan Setiap Langkahmu Tidak Keluar Di Landasan.
Walaupun Penuh Dugaan,Tempuhilah Dengan Kesabaran,
Yakinlah Kau Bahawa Itu Adalah Sebenar-Benarnya Ajaran.
Tapi..
Jika Kau Masih Berada Di Kiri,
Lawanlah Nafsu Dan Syaitan Penipuan,
Dan Ambillah Jalan Kanan Ketika Berada Di Persimpangan,
Sebelum Tamatnya Jalan MATI Di Hadapan.