Monday, 20 October 2014

Kaunselor Lima Belas Minggu

Alhamdulillah. Akhirnya tempoh praktikal kaunseling aku di SMK Taman Tun Fuad Kota Kinabalu pun sudah tamat. Yang bermula pada 16 Jun 2014 hingga 26 September 2014. Sekarang baru ada masa mahu update.Haha  Sungguh, ini adalah antara kenangan paling manis pernah aku ada. Terlalu banyak pengalaman dan kisah yang aku lalui.

 Jujur aku katakan menjalani latihan praktikal di sana merupakan antara hadiah dari Allah yang hebat untuk aku. Sangat bertuah  dan bersyukur sebab di beri peluang menjalani latihan praktikal  dan timba pengalaman disana. Bagi aku sekolah ini menarik dan tidak sama dengan sekolah lain yang aku kenal. Pelajarnya, kakitangan bukan mengajar dan pihak pentadbirnya sangat baik dan friendly terhadap aku. Terima kasih Warga SMK Taman Tun Fuad atas setiap pengalaman dan ilmu yang aku dapat. 

Tidak lupa juga ucapan Terima kasih kepada  merangkap ibu dan mentor aku di sekolah, Puan Fairuz Md Zain.Yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat dalam profesyen menjadi kaunselor sepanjang aku praktikal disana,Pengalaman, tunjuk ajar dan nasihat dari cikgu akan saya ingat dan cuba aplikasikan dalam kehidupan mahupun dalam karier sebagai seorang kaunselor InsyaAllah suatu hari nanti. Terima kasih cikgu, Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan cikgu dan jasa cikgu dalam memberikan ilmu berguna kepada saya,



Disamping itu, ucapan  terima kasih kepada senior-senior aku, Fazrin dan Suhana yang banyak memberi panduan dan bantuan kepada aku dalam membuat laporan praktikal kaunseling. Selain itu, juga ucapan terima kasih kepada  rakan sepraktikal aku, Alwe, Azrie, Joen, Nancy, Laila dan Anna,
I'm very thankful and glad have for having such a good friend like you guys. Kamu semua sangat baik, Terima kasih sebab banyak beri bantuan pada aku sepanjang praktikal ini darilah hari pertama praktikal hinggalah siap laporan praktikal aku. Tidak kira itu dari bantuan semangat, nasihat, pengangkutan, tenaga , barang mahupun gurauan yang boleh buat aku senyum juga itu aku sangat sangat hargai. 





Di kesempatan ini juga aku ingin minta maaf, andai sepanjang kita praktikal bersama aku pernah menyingung perasaan atau menyakiti hati kamu. Mahupun perangai-perangai pelik yang mungkin buat kamu terancam, tergugat atau hilang selera makan kah apa kah. Hahahaha. Maaf  ya kawan, sungguh aku juga manusia ensem cute dan tidak sempurna, juga melakukan kesilapan. Hahaha. Asal kamu tahu, kamu itu antara kawan terbaik aku ada dan sentiasa dalam ingatan aku yang tidak mungkin aku lupakan.

 Apa-apa pun kita sudah mengharungi setiap cabaran sepanjang praktikal ini bersama. Diharapkan kita semua menjadi manusia  yang dapat membanggakan  mak bapa dan kehidupan kita mendapat keberkatan dunia akhirat. InsyaAllah. Selamat maju jaya kawan-kawan. 

---------------------------------------------------------------------
Orang selalu cakap; harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Tapi aku mahu tinggalkan nama bukannya orang mahu kenal sangat pun, jadi aku tinggalkanlah kenangan mencat dengan buruk mural-mural  Map ini. Harap ada lah yang ingat mahu kutuk hari-hari bila ada yang lalu. Hahahaha. Sekian. Wassalam

Saturday, 29 March 2014

Tongkat untuk BANGUN



Ada Satu masa,
kau perlukan tongkat untuk berjalan. kau perlu berpaut pada sesuatu untuk bangun berdiri.
Walaupun, kau ini bukan yang jenis cacat anggota...

Macam hari ini lah,
walaupun kau jatuh sebab seseorang. Tapi kau masih ada kawan  untuk bertahan. Untuk BANGUN melangkah dan terus berjalan.

Lupakan...

Pssstt.. Hargai kawan. Kawan yang ada disamping kita, bukan pada yang CUMA  ada, saat susahnya dia ...

Thursday, 27 March 2014

Perkongsian Hari Bersama Geng BUGIS


Okay!! Mungkin waktu ini adalah hari-hari yang sukar bagi aku, terutamanya bulan Mac ini. Bermacam-macam perasaan sedih yang menyelubungi diri. Tapi dengan segala kudrat yang ada, dengan kekentalan hati, aku rasa aku sudah semakin kuat menghadapi hari-hari bersedih ini. Alhamdulillah. Aku ingin berterima kasih kepada semua kawan-kawan aku yang setia memberi kata-kata nasihat, sokong aku ketika jatuh bangun nya aku. Menemani hari-hari aku.Terima kasih semua. Ok, stop!! Tutup cerita sedih. Bukan Ini sebenarnya yang ingin aku ceritakan...Hahaha

Apa yang aku ingin ceritakan di sini adalah aku dapat kawan baru!! Hah.. aku rasa peminat baru kot. Ok.. mungkin penggunaan kata " PEMINAT" lebih sesuai digunakan di sini agar berbunyi agak kejam dan tidak mengguris hati kawan-kawan aku yang lain .. kahkahkah. Peminat-peminat ini mulanya aku kenal dari alam maya sahaja. Dan dari alam maya itu hinggalah ke dunia realiti.Aku pun tidak pernah terfikir pun mau jumpa face to face sama mereka-mereka ini. Ini SUPARMAN weh, sejak sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke zaman kampus life ini orang memang kenal aku sebagai seorang yang pemalu + pendiam. Ini bukan mengarut, Ini kenyataan! Sila percaya!!. Siapa tidak percaya mohon berdiri , gue bagi lempar selipar jamban headshot sekali..Hahaha.

Ya, mungkin sebab jampi-jampi pukau mereka akhirnya mereka berjaya memukau  jejaka ensem yang sangat kebal hati  ini untuk luang masa bersama mereka BERTIGA!! Aku highlight perkataan bertiga itu agar tiada kontroversi yang wujud. Mohon peminat yang lain jangan jelez.okay!! Hahahaha.

Maka tersebutlah kisah, kami keluar jalan berempat. Luang waktu bersama. duduk semeja bersama. Makan bersama. Borak bersama. gelak tawa bersama . Kutuk-kutuk bersama. Oppsss.. Bab kutuk-kutuk itu mereka sahaja, tidak termasuk aku, aku budak baik wehh.. Tak baik gitu.. tak baik.. Kahkahkah. Sempat juga kami melepakkan diri ke pawagam tengok filem "Need for Speed" Terbbaaikk woo. Rating 5 Star Gua bagi. Yang Belum tengok, meh belanja aku tengok sekali lagi..Hahaha. Lepas tue kami pergi k-Box. Walaupun  Aku ada penyakit "Kerongkong Berair", aku terpaksa men-"Sumbang"-kan satu lagu untuk mereka atas permintaan ramai. Dengan penuh feelingnya aku nyanyi seperti berada di konsert mega. Habis jak aku nyanyi semua mereka menepuk tangan dengan gemuruh dan kelihatan mata mereka bersinar2 melihat aku sambil genggam-genggam tangan  terharu, nampak sangat mereka ni first time tengok jejaka ensem nyanyi dengan suara yang merdu.. kahkahkah...


Okay! Ini Ada sedikit gambar yang sempat di tangkap curi-curi oleh wartawan yang mengekori Aku bersama peminat yang 3 orang ini. Mohon jangan curi gambar ini.!! Amaran Keras!! Hak cipta terpelihara. Hahaha

Kau tidak boleh judge orang yang sosial di alam maya itu sama bila dia di alam realiti. mungkin dia di alam maya senyap, sepi ,post-post sedih. Tapi secara realiti dialah yang paling gembira, punya ramai kawan dan tidak lekang senyum di bibir. Jangan!! Jangan judge orang terlalu awal Kawan.

Manusia itu memerlukan kawan untuk wujudkan perkongsian. perkongsian tanpa mengira setiap sisi. Bukan  cuma perlu menemani dan  menjaga hati. Tapi perlukan teguran untuk memperbaiki diri sendiri.

Kadang-kadang aku rasa aku sendiri tidak faham diri aku. Sejujurnya, dalam realiti aku ini pemalu dan pendiam. Aku akui. Tapi aku rasa bila dialam maya ini aku adalah orang yang tidak boleh duduk diam. Nak cakap itu, nak cakap ini. Kadang-kadang kan aku rasa otak aku ini agak kreatif untuk hiburkan orang. Mungkin.

Dan nampak terlalu mesra dengan orang walaupun aku baru kenal dengan orang itu tapi macam sudah berkurun abadnya berkenal. Itu di alam maya. Tapi bila di alam realiti aku antara insan yang malas bercakap. Sampai tahap disapa "Hai" oleh kawan  pun aku malas jawab balik dan cuma SENYUM. Nampak tidak tinggi level kemalasan aku bercakap itu sampai level berapa.? Nampak? Nampak? Hahaha.

Dalam segenap manusia itu, bukannya semua yang kau boleh senang berkawan. Tapi aku bersyukur dapat teman baru sebaik mereka ini.

Untuk kalian, Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku. Terima kasih sebab sudi luang masa bersama aku. Terima kasih sebab belanja aku. Aku hargai. Terima kasih. Tapi aku rasa aku belum berapa kenal kamu kamu kamu sekalian. Begitu juga aku, aku tidak rasa kamu kenal aku sangat. Mungkin terlalu awal kan? Mungkin kita patut lepak bersama lagi kan?  Kalau kalian dengar cerita-cerita aku,tahu banyak kekurangan aku, mungkin boleh buat kalian nangis sampai kerasukan. Hahaha. Akhir kata. Terima kasih untuk semua ini. Semoga persahabatan  ini tidak cuma sampai disini, tapi sampai mati. InsyaAllah sampai syurgawi. ;)

Psstttt.. Kami Ber-empat Bangga berbangsa BUGIS.. Hahaha.  ;)


Nota : Kadang-kadang aku rasa aku tidak patut terlalu ramah dengan semua orang, terutamnya perempuan. Kadang keramahan aku itu disalah tafsir. Lalu aku dituduh pemain cinta. Sungguh, tiada niat. Aku tidak peduli apa orang mahu cakap.Aku tidak salahkan orang, aku faham manusia itu di cipta atas persepsi sendiri. Aku suka berkawan dengan orang, punya ramai kawan. Ya, Memang suka! Suka sebagai kawan. Selesa bercerita tanpa rasa kekok bersama. Tapi tidak bermakna aku "suka" suka yang suuuukkkaaaaaa.. Faham? Bagus..

Sekian. Wassalam

Wednesday, 26 March 2014

Pelupusan



Mana mungkin kau dapat lupuskan dalam ruang fikir sesuatu yang pernah menetap dalam hati. ia tidak boleh lupus, cuma ia tidak perlu kau kenang dan diratap hari-hari.

Lupakan...
Walaupun belum untuk orang lain.
Tapi cuba lupakan untuk kegembiraan diri sendiri...

Friday, 28 February 2014

Aku Mesti Kuat !!



Buat Masa ini. Aku perlu bertopeng depan mereka.
Menyembunyi segala rasa. Buat memperbaik rentak jiwa.
 
Tapi kadang terfikir,
bagaimana jika topeng yang aku pakai buat aku makin parah?
Sedang mereka tidak sedar apa-apa.
 Ahhh..demm. Aku Mesti kuat!! =_=


Friday, 23 August 2013

Doakanlah Saudara Islam Kita Di Mesir Yang Ditindas



Buat Kita Semua Yang Sedang Menjadi pemerhati Luar. .
Bukalah Tempurung Besimu. Lihatlah Sekitar Mu Kini..
Saudara Di Mesir Kita Sedang Di Tindas..
Adakah Kita Masih Berdiam?

Jika Sekarang Kita Dan Musuh Islam Sama-sama Bersuka.
Tunggulah.. Tak Lama Lagi.. Nanti Dunia Islam Akan Kembali Menderita.
Berdoalah..Dan Teruslah Berdoa..
Doakan Untuk Saudara-Saudara Islam Kita Yang Di Tindas 
Walau Hanya Dengan Doa,Itu Sudah Membuat Kita Ambil Kisah.



Saturday, 3 August 2013

Bangga Menjadi Muslim?



Alhamdulillah,Bersyukurlah Kita Kerana Allah Masih Memberi Nikmat IMAN & ISLAM Kepada Kita Sehingga Hari Ini.

Tapi..Pernah Kah Kita Bertanya Pada Diri Sendiri...
Kenapa Kita Masih Beragama Islam?
Adakah Kita Itu Benar-Benar Seorang Muslim?
Adakah Kita  Itu Mengamalkan Semua Yang Di Ajarkan Dalam Islam?

Cukup Dengan Beberapa Soalan Ini Kita Pasti Akan Sedar Betapa Kuatnya Amalan Kita  Selama Ini.Adakah Kita Beragama  Islam Itu Disebabkan Kita Di lahirkan Oleh Keluarga Muslim,Maka Kita Menjadi Muslim? Dan Mungkin Ada Yang Sedar  Yang Kita Ini Cuma Islam Pada I/C ,Tapi Hakikatnya Bagaimana?

Bila Di Tanya Kenapa ISLAM Kau Pilih..Pasti Kebanyakan Jawapannya Adalah Kerana "ISLAM IS THE BEST" , "ISLAM IS PERFECT", "ISLAM ITU TERBAIK","ISLAM ITU SEMPURNA". Yah...Jawapannya Benar,Kita Kena Yakin Dengan Islam Kerana..

Allah Telah Berfirman Dalam Surah Al-Maidah Ayat 3.
"..  Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu..."

Tapi...Aku Yakin,Kebanyakan Di Luar Sana Kurang Tahu Kenapa Kita Perlu Solat,Kenapa Kita Perlu Baca Al-Quran,Kenapa Kita Perlu Menutup Aurat Dan Kenapa Kita Perlu Berpuasa Di Bulan Ramadhan.Dan Sebab Kurang Tahu Itulah Kebanyakannya Yang Tidak Ikut Ajaran Islam. Dan Ada Juga Yang Sudah Tahu Tapi Berpura-Pura Tidak tahu. Kan?

Peringatan Buat Diri Sendiri Juga..

Jᴀɴɢᴀɴ Cᴜᴍᴀ Mᴇɴᴊᴀᴅɪ Mᴜsʟɪᴍ & Bᴀɴɢɢᴀ..
Jᴀᴅɪʟᴀʜ Mᴜsʟɪᴍ & Aᴍᴀʟᴋᴀɴ..
Jᴀɴɢᴀɴ Bᴇʀɪᴛᴀʜᴜ ᴍᴇʀᴇᴋᴀ Kᴀᴍᴜ Aᴅᴀʟᴀʜ Mᴜsʟɪᴍ..
Tᴀᴘɪ TUNJUKKAN Kᴇᴘᴀᴅᴀ Mᴇʀᴇᴋᴀ Bᴀʜᴀᴡᴀ Kᴀᴍᴜ Iᴛᴜ Sᴇᴏʀᴀɴɢ Mᴜsʟɪᴍ..

Jika Kita Percaya Islam Itu Benar-Benar Yang TERBAIK, Kita Sebagai muslim Buktikanlah Bahawa Kita Sebagai Umat Nabi Muhammad S.a.w Adalah Yang Terbaik Melalui Amalan Kita,Tingkah Laku Kita,Percakapan Kita,Pemakaian Kita, Aktiviti Seharian Kita Mahupun Aktiviti Sosial Kita Dan Zahirkan Dalam Semua Aspek Kehidupan Yang Lain.

Jangan Biarkan Sesama Kita Jauh Terpesong Dari Ajaran Islam. Kalau Kita Terus Biarkan..Nescaya,Tidak Hairan Jika Suatu Hari Nanti Bila Kita Berjumpa Dengan Seorang Yang Mengaku MUSLIM ,Tapi Dia Tidak Bangga Menjadi MUSLIM.

Aku Menasihati Kamu,Bukan Bermakna Aku Adalah Yang Terbaik Di Kalangan Kamu.Aku Juga Manusia Yang Tidak Lari Dari melakukan Kesilapan Dan Dosa.Sekadar Memberi Peringatan Untuk Sendiri Diri Dan Kawan-Kawan Lain. Apa Yang Baik Datang Dari Allah,Apa Yang Buruk Datang dari Diri Saya Sendiri.

Wallahualam.

Thursday, 1 August 2013

Untuk Kau Yang Ada Sakit Hati



Hati Itu Merupakan Ciptaan Yang Unik Yang  Berubah Mengikut Anasir.
Sama Ada Dia  Berubah Ke Arah Baik Atau Buruk...
Kadang-Kadang Hati Kita Seronok, Kadang-Kadang Dia Elok,
Kadang-Kadang Dia Keronyok-Keronyok Atau Macam Pisang Bonyok.
Betul Kan?

Tapi Kau Kena Ingat...
Walau Macam Mana Pun Hati Itu Sakit, Teruk Atau Buruk Mana Pun Dia,
Dia Tetap Berada Dalam Badan Kita..Dalam Jasad Kita...
Jadi memang Tanggungjawab Kita Untuk Menjaganya,Merawatnya Dan Memulihkannya Kembali.

Persoalannya,Bagaimana Caranya?
Belah Dada Dan Buang Hati Kita? Atau Biarkan dia Buruk Membusuk  Hingga Menjadi Hina?

Jawapannya Mudah..Kembalikan ia Pada Pencipta Hati.
Hanya Penciptanya Saja Tau Sakit Pedihnya.
Hanya Penciptanya Saja Yang Ada Penawarnya.
Hanya Penciptanya Saja Yang Mampu Merawatnya.
Itulah Sebabnya Kita Kena Selalu Berada Dekat Dengan Ilahi..
Sebab Kita Tak Tak tahu Bila Hati Kita Akan Sakit Lagi..

Bila Mana Kau Sudah Sembuh Dari Penyakit Ini,
Kau Akan Lebih Mengerti Pentingnya "Perkongsian Perasaan" Dan Paling Penting Kau Akan Sedar Hebatnya Kuasa "Memaafkan" Orang Untuk Hidup Di Dalam Dunia Kebahagiaan. Percayalah !!

P/s : Moga-Moga, Hatimu Cepat Sembuh Dan Tak Sakit Lagi. ^__^



Monday, 29 July 2013

Pilihlah Jalan "Kanan"


Lihat Dunia Ini..
Terlalu Ramai Orang Yang Berada Di Haluan Kiri,
Padahal Mereka Yakin,
Laluan Yang Benar Bukanlah Berada Di Kiri.

Tapi Sebenarnya..
Ada Segolongan Juga  YangTidak  Mahu Kekal Di Sana,
Cuma Diri Mereka Tidak Cukup Pengetahuan Dan Stamina,
Untuk Memanjat Tembok Diri,Seteguhnya Tembok China,

Percayalah,
Terlalu Ramai Juga Yang Sudah Berada Di kanan,
Tetapi Mereka Tewas Pada Setiap Ujian,
Yang Digelar Dugaan,

Ku Berpesan..
Bila Kau  Berada Di Kanan,
Pastikan Setiap Langkahmu Tidak Keluar Di Landasan.
Walaupun Penuh Dugaan,Tempuhilah Dengan Kesabaran,
Yakinlah  Kau Bahawa Itu Adalah Sebenar-Benarnya Ajaran.

Tapi..
Jika Kau Masih Berada Di Kiri,
Lawanlah Nafsu Dan Syaitan Penipuan,
Dan Ambillah Jalan Kanan Ketika Berada Di Persimpangan,
Sebelum Tamatnya Jalan MATI Di Hadapan.


Thursday, 7 March 2013

Hati Sakit Kerana Di TIKAM!!



Kawan....
Sahabat Senang Berkawan Dengan Kawan,
Kawan Baik Hati Dengan Sahabat,
Kawan Mesra Dengan Sahabat,
Kawan Membantu Bila Sahabat Memerlukan,

Tapi....Tiba-tiba hari ini,
Kau Yang Bergelar Kawan,
Merobek !
Mencarik !
Menikam !
Membunuh Sahabat !

Sahabat Cuma Mampu Bersabar...
Mungkin Kawan Lupa Definisi hormat,
Mungkin Kawan Lupa  Definisi Kawan,

Sahabat Nak Berpesan,
Dunia Ini Tempat Kita Kawan,
Sahabat & Kawan Saling Memerlukan,
Kawan Pasti Memerlukan Sahabat ,
Bukan Bermaksud Sahabat Di Sini Saja! Tapi Sahabat Yang Lain..Ingat!
Kawan Tak Kan dapat Hidup Tanpa Sahabat Lain, Percayalah!!
Ubahlah...Jangan Di ulang..

Tapi Jangan Risau,
Sahabat Di Sini  Hatinya  KENTAL,
Sahabat Di Sini Sabarnya TINGGI,
Sahabat Di Sini Jiwanya Mampu Menahan TUSUKAN.

Walaupun Sakit..Sahabat Masih Mampu Bertahan.
Bertahan Melalui Doa-Doa Untuk Kekuatan Diri Sahabat Sendiri.
Berubah Lah kawan..Sahabat Sentiasa Memaafkan.
Tak Payah Meluahkan Dengan Sahabat..
Sahabat Faham Dan Sentiasa Memaafkan
Walaupun Sahabat  Masih Sakit...Kerana di TIKAM!! :'(



Tuesday, 8 January 2013

Segmen : Saya Blogger Dari Negeri...?


Haha....Tadi Sambil2 Blogwalking,Nampak Plak Banner Dari  Apit Nie,Perrghh!! Cantikk...Colourful Gitu.Huhu.So, Nak La Tumpang kaki Join Sekali..Saya Blogger Dari SABAH!! **Ok bha Kalau Kau..Haha.Asal Dari Sandakan,Sabah. Di Samping Tambah Blogger, Bolehlah Kan Kita Sama-sama Share Benda Menarik Kat Negeri Masing-Masing..Hehe

Apa Yang  Tempat/Makanan/Benda Yang best Kat Sabah Nie? Banyak Sebenarnya...Kalau Nak Cerita Semuanya Memang Panjang Berjela-jela Entry Aku Nie.Haha. Jadi Aku Share Sikit Jak Apa Yang menarik Di Negeri KAMI Ini. (Amboi..Siap Bold Lagi,Bagi nampak Sikit Semangat Kenegerian..Haha)

1. Gunung Kinabalu
Tempat Pertama,Tentu Sekali Gunung Yang Paling Terkenal di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu. Gunung Yang Tertinggi Di Asia Tenggara. Huhai,Bangga Siot Ada Kat Negeri Aku.Muehehe. Tapi Secara Jujurnya Aku Pun Belum Lagi Naik daki Gunung Kinabalu Nie,Hohoho. InsyaAllah,Kalau Ada Rezeki Memang Nak Sangat Naik Kat Atas Nie,Mesti Best kan? ^__^


2. Rumah Terbalik
Hah..Jgn Nak Terbalikkan Laptop Korang Plak. Ini Betul-Betul Rumah Terbalik Okay. Rumah Terbalik Yang Pertama Di Malaysia kot. =,= Kagum Dengan Ciptaan Ini,Anak Jugak Anak Malaysia Yang Asal Negeri Sabah Kreatif  Dapat Bina Rumah Terbalik Seperti Ini.Bukan sahaja rumah ini terbalik dari segi struktur binaannya tetapi hiasan dalaman rumah ini juga terbalik, ruang tamu, bilik tidur, ruang dapur, tandas dan perhiasan dindingnya. Tak Percaya? Jom Datang Sabah ^__^
Entri INI ,Bukti Saya Pernah Ke Sana..Hoho


3. Pulau-Pulau Cantik Di SABAH
Waaahhh...Memang Banyak Pulau-Pulau Cantik Di Sabah. So Aku bagi Tajuk Pun Umum Jak,Sebab Kalau Nak Cakap Satu-Satu Memang Banyak Sangat Pulau Cantik Di Sabah nie tau. Memang Negeri Sabah Kaya Dengan Pulau-Pulau Cantik. Bagi Siapa Nak Berbulan Madu Ke,Melancong Ke, Memang Kat Sini Lah Tempat Yang Aku Cadangkan. Perrghhh!! Terbaaiikkk sioott!! ^__^

Oklah...Cukup 3 Tempat Yang Best Kat Sabah yang Aku  ingin terangkan,Tempat Lain Plak...Biar Bagi Blogger Sabah yang Lain Plak Terangkan. Takut Dorang Tak Da Budget Plak Nak Update tentang Sabah. (Nampak Sangat Aku Tak Tamak Kan? Hahaha)

Kalau Ada Blogger Dari Tempat Lain  Yang Nak Datang Sabah. Mari-Mari, Kami Sambut Kedatangan Korang Dengan Hati Yang Terbuka. Contact2 Jak, Mana Tau Boleh Lepak Sama-Sama..Hehe ^__^

Wassalam.


Sunday, 30 December 2012

Tips Mengelak Dari Di Tangkap Meniru Ketika Peperiksaan.



Hai Semua..Memandangkan Sekarang Ini Minggu Exam.Aku Nak ShareTips Sikit. Wakaka. Tips Ini Khas Untuk Orang-Orang Yang Suka Meniru Semasa Exam.Aku Cuma Ingin Memberi Informasi Yah..Aku Tak Suruh Pun Korang Ikut Erk. Hahaha Jika Kamu Tidak Mahu Di Ketahui Meniru Oleh Pengawas Peperiksaan,Sila Ikut Langkah Ini :

1. Stay Cool
Korang patut Stay Cool Apabila ingin Meniru.Jika Tidak Semua  Perjuangan Korang Akan Menjadi sia-sia tanpa Adanya Keyakinan Dan Kepercayaan Diri.Hihi.Jangan Tunjukkan Yang Korang itu Takut Atau Buat Muka Bersalah dengan Pengawas Peperiksaan [ Walaupun Muka Pengawas itu Garang & Bermisai Lebat Mengalahkan Sarjan A Galak]. Kurangkan Gerak Geri Yang Mencurigakan, Elakkan Badan Berpeluh Yang Melebih-lebih [ Bagi Mengelakkan Seluruh Kelas Mengesan Bau Badan Korang..Korang Juga Yang Akan Malu Nanti..Haha]

2. Buang Barang Bukti
Pernah Tengok Rancangan Kartun Detective Conan Tak? Barang Bukti Merupakan Salah satu Perkara Yang Akan Menjahanamkan Diri Korang. Oleh Itu,Buanglah Semua Barang Bukti Yang Berisiko  Akan Menjahanamkan Diri Korang Apabila di ketahui Meniru. Contohnya Seperti Contengan Jawapan Di kertas Kecil Mahupun SMS dari Kawan Yang Mengandungi Jawapan..Hehe . Padamlah Semua SMS Tersebut.  Sekiranya Pengawas Peperiksaan Mendekati Korang Dan Tidak Sempat Memadam SMS Tersebut,Berpura-Puralah Baling HP Korang Ke Lantai. Dalam Situasi Ini,Pengawas Peperiksaan Akan Terkejut melihat tingkah laku korang yang aneh yang tiba2 membaling HP sendiri [Lebih-Lebih Lagi HP korang Itu Jenama Blackberry Atau Samsung S3..Haha].

3. Jaga Pandangan Mata anda
Ketika  PENGAWAS menatap mata anda, tatap balik matanya! [Gayakan Seperti Watak Oma Bertha Dalam Sinetron indonesia ]. Jangan tunjukkan sedikitpun perasaan takut ataupun Kesalahan korang dari mata anda .Anggap saja dia hanya menggertak. Tunjukkan bahawa anda adalah orang yang tidak tahu malu yang sudah diketahui meniru tapi tidak rasa bersalah..Hihi.

4. Selalu cari KAMBING HITAM
Tips ini amat sesuai Ketika korang sudah bingung memberi alasan dan berniat menjatuhkan Kawan lain. Apabila Korang di tangkap Meniru,Tuduhlah Kawan Korang Yang Juga Turut Bersubahat Meniru. Tuduh Mereka Habis-Habisan Seakan-Akan Merekalah Yang Memaksa Korang Meniru. Kambing hitam juga boleh dipakai untuk mengalihkan perhatian PENGAWAS, contohnya Seperti Situasi Berikut:

(Pengawas Melihat Pergerakan Abu Yang mencurigakan dan Pengawas Peperiksaan pun Mendekatinya)

Ali : (Menyedari Abu diperhatikan oleh pengawas) "Woi Ali! Kenapa Kau Meniru!!"
Abu: (Terkejut) "Ha...??"
Ali : "Sir, Abu Meniru...!!!"
Abu : "WTF...!!"

** P/s : Ini adalah Langkah Bijak, keji, tidak bermoral, tidak berperikemanusiaan, Tapi BERKESAN!!! ^__^

5. Taktik All for One and One for All
Taktik ini digunakan Apabila Kamu Betul-Betul Di Tangkap Meniru Tapi Korang Tidak Mahu didenda sendiri. Caranya adalah sebut nama Kawan korang yang bersubahat meniru yang ada di dalam kelas, lalu beritahu  pengawas bahawa mereka juga turut bersubahat meniru agar korang tidak di denda sendirian..haha

6. Taktik Gangguan
Sebenarnya taktik ini sudah Aku Terangkan  di atas, dimana contohnya adalah baling HP barang bukti supaya perhatian PENGAWAS teralih. Kunci dari taktik ini adalah ketepatan waktu!! Jangan sampai lambat atau pun terlalu awal dalam mengeluarkan taktik menipu ini. Contoh Yang Lebih Berkesan Ialah:

- Baling Hp,
- Cucuk urat nadi dengan Pen/Pensel (supaya dikira Tekanan Perasaan),
- Buat gerakan pelik sambil teriak2 Tidak ketentuan Sambil Memukul2 Dada Gaya Gorilla (Biar di tengok seperti Kerasukan),
- Pengsan (you know what lah),
- Cucuk mata dengan Mata pensel (tidak digalakkan),


7. Tips terakhir
Tips terakhir adalah tips yang paling digalakkan dan paling senang. Banyak orang menggunakan cara ini kerana lebih mudahdan. Boleh dilakukan oleh  semua peringkat umur dan tidak perlu bimbingan orangtua,Caranya ialah...PASRAH!! =,=

Sekian.! Semua Risiko Adalah Atas Tanggungjawab Diri Sendiri. Tidak Ada Kena Mengena Dengan Aku,Keluarga Aku Mahupun Binatang-Binatang Peliharaan Aku...Hahahaha.Sekian.

==============================================================================
Di Kesempatan Ini Nak Ucapkan GOOD LUCK Buat Kawan-Kawan Seperjuangan Ku Yang akan Menghadapi Peperiksaan. Semoga Kita Semua Dipermudahkan Menjawab Soalan Peperiksaan Nanti dan Moga Kita Semua Mendapat Keputusan Yang PALING Cemerlang.Amin ^__^
==============================================================================


Wednesday, 26 December 2012

Diam Menghilang..Ini Ceritanya !


Gambar Sekadar Hiasan Semata-Mata 
Hai .. Semua..Korang Pa khabar? Dah Lama Rasanya Aku Tak Update Blog Kan..
Ada Tak Yang Rindu Aku?Ada Yang Tercari-Cari Aku? Hohoho. Btw..Thanks La Jenguk2 Blog Aku Yang Dah Semakin Sepi Ini.. Terutama Sekali Yang Datang Jenguk2 Entri-Entri Aku Yang lepas,Tengok2 Tutorial Aku Dan Yang Tak Henti-Henti Post Kat Chat Box Blog Aku..Terima Kasih Korang ^__^
Nanti Ada Masa Akan Jenguk Balik Blog-Blog & Entri Korang K.. I promise.

Semenjak Dua Menjak Nie..Ntah..Aku Rasa Diri Aku Semakin Sibuk. Sampai Takda Masa Nak Update Blog.Kalau Ada Masa Pun Tak Tau Nak Update Pasal Apa. Otak Dah Beku Fikir Nak Update pasal apa..  (Sejak Bila Plak Otak Aku Ada Freezer? BEKU Segala Lagi Ayat..Haha ) . Bukan Sibuk Apa Sebenarnya,Cuma Sibuk Cari Income Melalui Facebook..Hoho. Boleh Cakap Hampir 24 Jam Aku Online Facebook.. Aduyai,Apa Nak Jadi..Kehidupan Pun macam Tak Normal Je Aku Rasa Online Terus.Haha. Tapi Takpa Dapat Gak Income RM30-50 Seminggu Aku dah Kira Bersyukur.. Kira Berbaloi Gak lah Facebook Aku kena Block Dua Kali..Arghhh!! Sekarang Pun Guna Facebook Baru..Harap-Harap Kali Nie Tak Lah Kena Block Lagi. =,=

Owh Yah...Memandangkan Facebook Aku Dah kena Block. Fan Page Aku Pun dah Hilang. So Aku dah Buat Fan Page Baru.. Mohon Korang Bagi Like Okay!! Give Your Support!! Thank You ^__^

Friday, 5 October 2012

Duit Says Cashout Kali Kedua Dah Masuk * RM250 ^_^



Ingat Tak Entri Aku Bulan Lepas Tentang Cashout Earning Says Kali Kedua ?. ENTRI INI. Petang Tadi Masuklah  Duit Tue Dalam Cimb Bank Aku. Hooreeyy!! Hehe. Dapat duit Lagi.. Tak sia-Sia Aku Kumpul duit Says Nie. Akhirnya Setelah Berminggu-Minggu Berusaha  Dapat Gak Guna Duit Nie Hasil Dengan Hanya Berfacebook & Berblogging..Huhu.Pasni  Fikir Nak Guna Duit Nie Nak Beli Apa Plak...Hahaha

Kalau Nak Kira Semua Duit Aku dapat Dari Bermain SAYS nie Dah Banyak Dah Taw, Kira2 Hampir RM600 Dah, First Cashout Ari tue RM350 Tambah Yang Nie RM250 Sama Dengan RM600. Banyak Kan? Syukur Alhamdulillah.. Rezeki Allah ^_^. Korang Nak Cuba Main Says Gak Ke?
Jomlah,Boleh Buat Duit Poket Sikit,Kalau Nak Jom Daftar --> SINI!

Cara Lain Buat Duit Selain Says! DAFTAR SEKARANG!!
Blin.Gd--> SINI
Churp-Churp--> SINI
Selamat Mencuba ^_^