Saturday, 11 February 2012

Rembatan Gol,Melayangkan Tiang Gol




Assalamualaikum Readers.
Dah Beberapa Hari Aku Tak Dapat Update Blog .Nie Semua Angkara Sistem Pengeroperasian Otak Aku Sejak Beberapa Hari ini Masih Membeku & Tidak dapat menjana Idea-idea Untuk meng'update'Kan blog nie.Ahahaha.Almaklum la Negara Saya England Kini Sedang Dilanda Musim Dingin salji yang Membuatkan otak saya turut keras membeku walaupun dipanaskan dengan Dapur Gas Kat Rumah Aku.Hahaha.Korang Apa Khabar?Harap Korang Sihat-Sihat Hendaknya.Kalau Ada yang sakit kepala tu,Pening-pening Ke,demam Ke..Aku Ada Satu Petua Agar Ianya Tidak terus Melarat & Tidak Menjangkiti Spesis-spesis Haiwan seperti Anjing Kurap & Anaconda Yang lalu Berhampiran Anda.Petua Dia Senang Je,Time2 Mak Korang Tengah Memasak Nasi Goreng Kat Kuali,Korang terjah Kuali Tersebut Lalu Korang Masukkan 10 Packet Panadol,Gaulkan Hingga sebati menggunakan dagu Korang .Bila Dah Rasa Sebati  & Nasi Goreng Kelihatan Dah Masak,Korang  Buang Semua Nasi goreng tersebut & Kunyah Kuali itu Sehingga Hilang Bau & Rasa.Hahaha.(Aku Dah pernah Cuba,Dan Secara Slow Motion Tong Gas Tiba-Tiba Hinggap Di kepala Aku oleh Mak Aku Kerana Menjahanamkan Kuali Beliau..Hahaha).Selepas Kejadian Itu Aku Tidak Pernah Pening-pening Mahupun Sakit Kepala lagi,Fuuhh!! Sungguh Mujarab Petua Itu.Hehehe

Berbalik Kepada Tajuk Entri Di Atas,Nak Di Jadikan Cerita Aku Nie Memang Sejak Dua Menjak Nie Semakin Gian Dengan Bola.Bila Tidur Mimpi Bola,Mandi Dengan Bole,Makan Pun  Order beBOLA ikan..Ish3x..Nafsu Ku rasa Seperti Tidak Tertahan Seperti Ada Sahaja Yang Ingin Ku Tendang-tendang Menggunakan Kaki Ku Yang gagah & Sasa nie.Ada Apa Dengan Bola Nie? Kenapa Dia sering Menganggu & Menyelubungiku sejak Dua menjak erk.Kenapa Erk?? kenapa? Adakah Ini Tanda Liverpool Bakal Mendatangkan Aku Untuk Berganding Bermain Bersama Luis Suarez Di Barisan Hadapan Serangan? Arrgghh!! Al Maklumlah Kan Aku Nie Lelaki Sejati ,Tak kan Nak Main Batu Seremban & Main Lompat Getah Plak,Jatuh la standard Aku Sebagai lelaki yang kiut & kacak lagi bergaya yang digilai Ramai oleh gadis-gadis termasuk Lisa Surihani serta Miss Froggy Aku yang berada di luar sana kan.Hahaha. Rasa Nak Terkentut Plak Aku Bila Berterus Terang Macam Nie taw..Ok..Cukup! .Mungkin Ini Kali Terakhir untuk Berterus Terang.Hahaha.

Ya...!! Tapi Memang Secara Terus Terang Aku Juga Pernah hebat suatu ketika Dulu Di Dalam Sukan Bola Ini.(Fakta Ini Tidak Perlu Korang Nafikan).Hehehe.Teringat Time sekolah dulu Tiap Petang Aku Turun Padang dengan Kasut Bola Adidas F50 Adizero warna Biru Hijau dengan Penuh Langkahan Semangat Seperti bintang Bola Sepak Terkenal.


Dengan Wajah Yang Kiut lagi bergaya itu Aku berlari Dengan Sekuat Hati masuk kedalam Padang sambil Melambai-Lambai Ke Arah Peminat ku  Yang sedang rancak bercerita di luar padang.
Aku Berlari dengan Sekuat hati Untuk Merampas Bola.Setelah Aku Berjaya Mendapatkan Bola,Aku Pun Mengelecek Dengan Mudah 24 Orang Yang Berada di dalam padang Termasuk Refree & Penjaga Garisan Sambil Makan Choki-choki &  Waffle Perisa Coklat.Gerak permainan Ku Ketika Itu Tidah Ubah Seperti Idola Ku dalam Sukan Bola Sepak Ini iaitu Luis Suarez.

Aku mengelecek Dan Terus Mengelecek.Setibanya Aku Di dalam Kawasan Kotak Penalti,Sorakan Penonton Semakin Rancak & Kadangkala Kedengaran Teriakan Mak  Aku Memanggil-manggil Namaku.Seperti Akulah Pemain Bola Sepak Yang Paling hebat & Paling Kiut Petang Itu.Aku Menjadi Semakin  Nerves ,Neves ku Menjadi-jadi Menyebabkan Peluh Jantanku Memancut-mancut Keluar Risau Kalau-kalau Rembatan Ku Meleret Keluar dari Tiang Gol.Namun Itu Aku Cuba Untuk Fokus Untuk Menjaringkan Gol.Setelah One by One Dengal GoalKeeper,Aku Pun Mengenyit Mata Sebanyak Tiga Kali Sebelum Melepaskan Rembatan Kencang Ku Ke Arah Tiang Gol.Rembatan deras Ku itu Berjaya Di tahan Oleh Penjaga Gol.Tapi Disebabkan Fokus Penjaga Gol Tersebut Hilang fokus setelah Aku mengenyitkan Mata Tadi,Maka Bola Pun Masuk Ke dalam Tiang Gol Bersama-sama Penjaga Gol Tersebut.Tangan & Badan Penjaga Gol Kelihatan terketar Ketar Dalam Keadaan Baring sambil Melolong Seperti Kerasukan Tanpa Tujuan Selepas itu.



Setelah Menjaringkan Gol Tersebut Aku Pun Berlari dengan Penuh Kegembiraan , Berlari Mengelilingi padang & Melambai Ke Arah Penonton2 Yang Berada Di Luar Padang.Sedang aku Berada Dalam Mood Happy Melambai-lambai ke arah Peminat,Tiba-tiba  Aku Melihat Tiang Gol Melayang .Tidak Sempat Ku mengucap Dua Kalimah Syadah & Mengelak,Tiang gol itu terus terpacak tepat Kat Kepala Aku.

"Weh Budak,Yang ko bebal Sangat Nie Kenapa? Kan Ini Tiang Gol Pasukan Ko...Kalau Nak Jaringkan Gol,Jaringkan Lah Kat Tiang Gol Lawan " Jerit Mak Aku Setelah Berjaya Mendaratkan Tiang Gol Kat Kepala Aku.


Aku Pun Dengan Malu Yang sangat-sangat  terus bertukar menyamar Menjadi Seekor Kucing Yang Comel Sangat Sanbil Membunyikan "Meow,,,Meow,,,Meow" Melangkah Ke Luar Padang Untuk Mengaburi Mata Penonton-penonton & pemain di dalam Padang.Hahaha.Setelah Agak Jauh Dari Kawasan Padang,Barulah Ku bertukar Menjadi Manusia Semula.


Rupa-rupanya Angau Bola Ku Ini disebabkan Pertembungan Bola Antara Kelab Kesayangan Ku Liverpool Vs Manchester United Malam Ini.Jom Kita Pacakkan Diri Ramai-Ramai Pukul 8.45 Malam Nie depan Tv Astro ESPN Chanel 812 Erk.Tentunya Musuh Tradisi Ini Bakal Menyajikan Pertembungan Yang Sengit & Perlawanan Yang Di Tunggu-tunggu oleh  Kebanyakan Peminat Bola Sepak Di Dunia Nie.
Assalamualaikum.

Klik LIKE & tinggalkan Komen Setelah Baca K..Thanx All ^_^

Thursday, 9 February 2012

Ada Apa Dengan Hari Itu ?




Assalamualaikum Reader...Selamat Pagi,Petang & Malam Memandangkan Pemabaca-pembaca blog aku ini kini  di baca oleh blogger-blogger dari dalam & Luar Negara kini.
Apa Khabar Your All.Harap-Harap Sihat Walafiat Semuanya,Lama Dah Tak Update Blog,Nie pun Da beberapa Hari Tak da On9 Disebabkan  Ada Sedikit Problem Ataupun Dalam kata lain Ada masalah.
Hahaha.
Nak Tau Masalah Tue? Jom ...Teruskan Membaca..

Kali Ini Aku ingin kisahkan Tentang Kejadian Ataupun  peristiwa Menyayatkan Hatiku Pada 6 Haribulan ,bulan dua tahun Naga(2012).Kisahku Bermula begini.Pada Hari itu cuaca baik-baik saja.Bangun Awal pagi  Sekitar jam 6.30.dengan menghirup udara yang segar,Hati bangun dengan tenang,jugak kedengaran kicaun burung Yang Berterbangan .Namun Kadangkala Terdengar Jugak Selitan pekikan jiran cina Sebelah Rumah  aku menyanyi Lagu Kuch Kuch Hota hei & Juga Lagu Tepuk Amai-Amai.! Arrgghh!! awal2 Pagi dah memekik.Hmmm..
Kenapa?? kenapa Aku Awal Bangun pagi Hari tue? Kenapa?? Kenapa? (Sambil beteriak2).Setelah Menghantukkan Kepala Kat Dinding Konkrit Bilik Aku & Mengheret2 Dahi D lantai bilik Aku.
Akhirnya Baru la Aku mengingat Tujuan Aku Bangun Awal Pada Pagi itu.Rupanya-Rupanya Cuti Sem Dah Habis & Kena Balik Ke  Kota Kinabalu Untuk  Meneruskan Pengajian Ku.Alalala.

Pagi Itu aku Menaiki Bas Ekspress Tung Ma.Agak Lawa Juga Bas Tersebut berwarna Coklat ,Penumpang-Penumpangnya Jugak Kebanyakannya Cantik-Cantik & Hensem-Hensem Belaka.Cuma Pemandunya Kurang hensem sikit Dari Aku.Namun,Faktor Itu Langsung Tidak mengugat Aku Daripada Turun Dari bas itu & Mencari Bas Lain.Hahaha.Kebetulan pada hari itu tidak Ada Penumpang yg  Duduk sebelah Aku."Fuuhh!! baguslah" Agak Lega Sedikit Detik Kecil Hatiku.Kalau Takda Sekurang-Kurangnya  Aku dapat Mempelbagaikan Skill & Posisi Aku tidur Dalam bas Itu.Menelentang,Berbaring &  Betiarap,Gerakan Aku AKan Lebih  Bebas.Dan Sekiranya Aku Melepaskan Angin Beracun (kentut) Sekali pun,Org Akan Lambat Perasan & Sukar Untuk  Mengecam Tindakan Ku.Hahaha.


Setelah Beberapa Jam Perjalanan ,Lebih Kurang  Jam 1.30 Petang,Aku Pun Telah Tiba Di terminal Inanam Kota Kinabalu.Huhai.Kapet Berwarna Merah , Paluan Kompang Serta Bunga Manggar Menjemput Ku Dengan Rasa Hormat. Bodyguard Aku Mengawal Aku dengan Rapi Sekalisemasa Ketibaan Aku Kerana Ramai peminat Yang Meronta Memekik  Untuk Meminta Autograf Aku.Muahaha.Aku Terus Meluru Ke Arah  tempat Mercedes Benz Ku (Taxi ) Parking & Meneruskan Perjalanan Ku Ke Rumah Sewa Aku.

Sampai Jak Kat Rumah,Aku Pun Menarik Nafas Lega Sedalam-Dalamnya Hingga Hidung Aku nie mengembang 6 Inci & Mengeluarkan "Harta Karun Emas" Aku Tanpa Disengajakan.Aku Pun Dengan Hati Yang Gembira Mengeluarkan Kunci Rumah  Untuk Membuka Pagar & Pintu Rumah.
Setelah Pagar Ku buka,Aku Terus Cuba Membuka Pintu Lagi..Namun..Gagal...Ku cuba lagi...Namun Gagal Lagi & Terus Gagal.Arrgghh!!!

"Kenapa Nie,Kenapa Pintu Ini Xdapat Buka? Adakah Pintu Ke jalan Kebenaran Ini Tidak Dapat Menerima Aku? Adakah Aku Masih kurang Amalan Lagi Di Dunia Ini" Detik Kecil Hatiku Sambil Di iringi Muzik Kitaro carnavasary..

Ingat Punya Ingat...Dan Terus Aku Mengingat Rupanya Sebelum Pulang Cuti Sem hari tue tombol Pintu Itu Dah kami Tukar,Kunci Pun da Tukar kunci Baru. Aku Belum Lagi Duplicate Kunci Itu..
Aku Berteriak Kegeraman Sambil Memukul Dada Aku Seperti Gaya Seorang Tarzan,Arrgghh!!  Da la Cuaca Hari Tue Panas.Argghh!! Aku Pun Cuba MengSmS kawan-kawan serumah aku Bertanyakan di mana Mereka & Bertanya sekiranya Mereka Ada Menyimpan Kunci Rumah!
Sms Punya Sms...Kawan Lama Lagi Baru Balik. Tiba-Tiba Hp Aku Plak Empty Battery!
Ohmen...Aku Pun Terus Berlari Selaju Yang Mungkin Ketempat Yang Tinggi Lalu Menghempaskan Hp Aku Ke Jalan Raya & Memijaknya Berkali-Kali.Namu Hatiku Belum Puas,Ku Teruskan Larian Ke Restoran Berhadapan Jalan raya Tadi Lalu Merendamkannya Ke dalam Secawan Kopi Mak Cik Yang Duduk Kat Situ.Ku Menggaul Kopi Macik Tue Dengan Hp Aku Tanpa Memperdulikannya.

Gedebubb!!!
Kerusi Meja Tiba2 Mengandat Kat AtaS kepala Aku...

"Woii...Manyak Gila Punya Olang" teriak Macik Itu..

"Sorry Aunty My Mistake" Pintaku Meminta maaf sambil Berlaari Ke Arah Pintu Rumah Aku semula.

Aku Menjeling Pintu Itu Dengan Renungan Yang Tajam Tanda kegeraman,Sambil Mengusap-ngusap rambutku yang Menyerlahkan Kekiutan ku ni.Fuhh!! Aku Mesti Memikirkan Cara Untuk Membuka Pintu Itu.Aku Pun Terus Mencuba Dengan Menggunakan Kertas Yang Keras Untuk Mencucuk Membuka Pintu.
"Tap" Bunyi Pengelock Kunci Itu Berjaya Ku tolak Kertas keras Tadi Dan Pintu Terbuka...Hoyye!!
Dengan Perasaan Gembira Aku Pun Keluar kembali Untuk Memasukkan Beg2 Aku Kedalam Rumah.Tiba-Tiba Pintu Itu Di tiup Angin & Tertutup & Terlock Semula.Arrgghhh!!! Aku Cuba Menenangkan Diriku Atas Kebodohan Diriku Itu.Adeh!!


Setelah Beberapa Jam Aku Menangis Teresak-esak Seperti Gaya Anak-Anak Kecil Meminta Dipujuk  Namun Takda Seorang Pun Datang Memujuk.Aku Pun Bertekad Untuk Mencuba Sekali lagi Seperti gaya Ku mencucuk Pengelock Pintu itu Tadi.Aku Pun Mencucuk-cucuk Tombol Pintu Tersebut Dengan Penuh bergaya.Apabila Ada Orang Yang Lalu melihat Aku,Aku Akan Pura-Pura Menekan Tubi Sampai 100 Kali, Pura-Pura Pengsan Depan Pintu & Juga Pura-Pura Memberi salam sambil mengetuk rumah untuk meminjam Kuali agar aku tidak dicurigai sebagai penceroboh rumah,,hahaha.Pelbagai Peralatan Yang Ku gunakan Untuk Mencucuk tombol itu Antaranya Ialah Kertas Keras,Kulit Papan lapis ,Sim kad  & Besi.Setelah Menggunakan Besi Tipis itu Aku pun Berjaya Membuka Pintu itu.Fuhh!! Lega Hati...Bersyukur Ke Hadrat Ilahi Sangat2 Aku Ketika Itu.

Namun...setelah lebih kurang 5 Saat Aku Membuka Pintu Itu,Datang kawan Aku membawa Kunci Rumah Tersebut.Alangkah Terujanya Aku ketika itu.Dah lah Berjam2 Lamanya Aku Mencuba Membuka Pintu & Berjaya Ku Buka,Baru Plak Dia Datang,Rasa macam nak smackdown Jak Kawan Aku ketika itu.Namun Disebabkan Tahap Kesabaran  Ku Masih Dapat Ku Kawal & Untuk Mengekalkan Tahap Kekiutan Ku.Aku Pun Memberikan Senyuman Yang Paling2 Amat2 Termanis Yang Hanya Pernah Ku berikan Kepada Lisa Surihani saja Kepada kawan Ku Sambil Berkata. " Hai...Baru sampai Kah? Awal Jugak sampai " Sindir Sinisku..huhuhu
Dengan Penuh Rasa Penat Menunggu Di Luar Pintu Tadi ,Aku Pun Meneruskan Langkah Kanan ku masuk Ke dalam Rumah & MengON kan Kipas.Namun Ternyata Kipas Itu Tetap Statik Dengan Kedudukannya.Akhirnya Kawan Aku Terbaca Bil ElektrikDari TNB Yang menyatakan bahawasanya Bekalan Elektrik Rumah tersebut Telah Diputuskan.Oh No Men.!!!! Worst Day!! Arrgghh!! Rasa Seperti Nak Mengumumkan Darurat Jak Aku Time tau.Namun Ku Sabarkan Hatiku,,Hahaha

Dua malam Kami Hanya Bercahayakan Lampu Lilin Sahaja,Ala-Ala Romeo & Juliet Candlelite Diner..Mauahaha.Nie Lah Sebabnya Baru Sekarang Baru Dapat Update Blog Nie Semua Angkara Elektrik Tak Berbayar,,Hahaha.Sekian.

P/s :Sila Berikan tepukan Gemuruh Dengan menggunakan Tapak Kaki Dengan Cerita Saya Ini.Harap Korang Suka & Klik LIKE laju-Laju Mengalahkan Kelajuan Cahaya.Hahaha

Sunday, 5 February 2012

Cuti Semester Yang Best Juga Sikit





Assalamualaikum Readers..Fuuhhhh!!
Lama Dah Tak Update Blog Nie ..Sampai Behabuk Blog aku Nie,Penuh sarang Labah-labah Nie.
Ayam-Ayam Serama yang menyewa bilik kat Blog aku nie Semua dah menetaskan Telurnya.
Kucing Siam Yang Mengandung Tue pun da Selamat Melahirkan...Kiut Giler Anak Dia...
SEKIUT Aku (Tapi Bukan Aku Yang mengandungkannya K)..hahaha.Alhamdulilah sewa bilik Mereka  dah berbayar jugak.Agak Lama jugak ku membersihkan blog aku nie Hinggalah sesuci & semurni sekarang Vacum Sini-Vacum Sana,Cuci sini cuci sana.Ubah Sini,Ubah sana.Namun Aku Amat Berpuas Hati Dengan Perubahannya.Amacam? Ada Okeyh Tak? Ada Cantik Tak?
Sebelum Kaki Kanan Ku merembat  Tunjul Tepat  Ke Bidai-Bidai Perut korang .Ada Alangkah Baiknya Korang Memuji Blog Aku Terlebih Dahulu...Hahaha

Okey!! Firstly Nak Ucap Salam Maulidur Rasul Kepada Semua.Mari Tingkatkan Selawat Ke Atas Nabi Kita K.. One three Goo..Jom Selawat!

----------------------------------------------------------------


Gambar Ketika Honeymoon Bersama Lisa Surihani Kat Eiffel Tower,Paris

Nampaknya Cuti- Cuti Aku Berhoneymoon  Bersama Lisa Surihani Da  Nak Sampai  Tarikh Expayed Dah.
Agak Lama Jugak Kami Berhoneymoon Bersama.Melancong-Lancong Kat Paris.Menaiki Unta Keliling-Keliling Bandar Paris Bersama.Waahhhh...Sungguh Romantik rasanya walaupun Lisa Surihani Langsung Tidak Memberi Peluang Kepadaku Untuk menaiki Unta bersamanya.Aku Cuma Menarik Unta Tersebut Ke Hulu Ke Hilir sahaja! Kesian Aku :( . Namun Atas Senyuman Lisa Surihani Yang Kiut & Kadangkala Biut Itu Aku Tetap Bersemangat Mengheret Unta itu Yang kadangkala Tersepak Batu Nisan Sepanjang Perjalanan Kami.grrrrr...

Fuhhh!! 6hb Aku Kena balik Ke kota Kinabalu dah dan meneruskan Ilmu jurus Ku tahap Kedua.
Banyak Lagi Ilmu-ilmu Yang harus Ku pelajari Sehinggalah Aku dapat Bertukar Menjadi Supersaiya Yang Sempurna.Huh!! Walaupun Cuti 3 Minggu Aku Di sandakan Ini Amat Singkat,(Namun Sempat jugak Ku membeli sikat untuk rambutku yang semakin memanjang sampai ke pinggang nie) Aku Amat Berpuas Hati Jugak Dengan Cuti Yang Di berikan Ini.Walaupun Kebanyakan Hari Cutiku Terperuk Berkurung Di dalam Rumah Akak Aku Kat Telupid Itu.Yang Bagai Ayam Yang Mengeram Telurnya. Dah la Kiri Kelapa Sawit Kanan Kelapa Sawit..Aku Merasakan Kehidupan Ku di sana Tidak Ubah Seperti Kehidupan Orang Asli Yang Hidup Di dalam Hutan! Yang Hanya Memakai Cawat Hanya Dengan Menggunakan Daun keladi Yang Gatal & Kadangkala menggunakan Kulit Kayu Pisang Itu. Namun Di sebalik Pohon-Pohon Kelapa Sawit Itu,Yang Kadang2 Daunnya Berhayun2 Ketika Di tiup Angin Yang Kadangkala di lihat Seperti Menyanyikan Lagu Awan Nano Nano Nano Yang Baru Memenangi AJL itu Telah menyegarkan Udara pernafasanku Yang sekian lama tersumbat oleh asap dari ekzoz-ekzoz kereta ketika ku berjalan2 menuju ke kampus di tempat Pengajian ku kat Kota Kinabalu.
Dengan Rasa  BerTerima Kasih Pokok Yang Tidak Terhingga Kepada Pokok Itu.Aku tidak menyedari yang Pokok itu secara Tiba-tiba telah memeluk Erat Aku.Setelah Aku Tersedar Aku Heran ,Terkejut & Rasa Marah Telah Memuncak..Aku Menampar Pokok Itu Laju-Laju Berulang2 Kali Kerana Mengambil kesempatan di atas Halusinasi ku Sehinggalah Pokok Itu Layu & Mati.

Di Setiap Keheningan Petang Kat Sana Jugak Aku Sering Bermain Bola Sepak,Dan Itulah Yang Menyebabkan Aku  semakin Di kenali Ramai Kat Tempat Akak Aku Tue.Tidak Dapat Ku Nafikan terdapat Ramai Peminat Yang Meminta Autograf Ku atau Dalam Bahasa kampung2 "Tandatangan"...
Aku Tahu.Memang Nie Mesti Dorang Terpikat Dengan corak permainan ku ketika Berada di atas padang,mengelecek bola tidak ubah seperti suarez..mem'passing' Tepat bola kepada kawan yg cam kadang2 serupa Messi dan Turut membantu Kawan Menjaringkan Gol.Ketika Menjaringkan Gol Aku selalu just say 'Well U know Me' sambil mengenyit2 mata Sebanyak 79 Kali Kepada penjaga gol lawan  Ketika aku menjaringkan Gol.Sambil Berlari Megahnya Mengelilingi Padang Sambil melambai Ke arah Peminat-Peminat setia ku Yg Berada di luar Padang.


P/s :Untuk Pengetahuan Semua..Kelmarin malam Aku  Telah Menjaringkan 4 Gol Ketika Bermain Futsal.Ulang Suara!! EMPAT GOL!! EMPAT GOL! EMPAT GOL!
Fuuhh!!! Walaupun Kasut Aku Tak La berjenama Adidas Atau Nike Yang ku idam2kan Ketika Mengidam Makan Kek Buatan Amirah ..Namun,Aku Tetap Berjaya Menunjukkan Skill Yang Telah Ku pelajari Daripada Sifu Ku dahulu iaitu Torres & Suarez.
Owwhh Guru..Jasa Mu tetap Ku kenang. ^_^.Sekian.
Begitulah Sedikit Cerita Cuti Sem Aku.

Klik LIKE & SHARE k...Hee