Monday 20 October 2014

Kaunselor Lima Belas Minggu

Alhamdulillah. Akhirnya tempoh praktikal kaunseling aku di SMK Taman Tun Fuad Kota Kinabalu pun sudah tamat. Yang bermula pada 16 Jun 2014 hingga 26 September 2014. Sekarang baru ada masa mahu update.Haha  Sungguh, ini adalah antara kenangan paling manis pernah aku ada. Terlalu banyak pengalaman dan kisah yang aku lalui.

 Jujur aku katakan menjalani latihan praktikal di sana merupakan antara hadiah dari Allah yang hebat untuk aku. Sangat bertuah  dan bersyukur sebab di beri peluang menjalani latihan praktikal  dan timba pengalaman disana. Bagi aku sekolah ini menarik dan tidak sama dengan sekolah lain yang aku kenal. Pelajarnya, kakitangan bukan mengajar dan pihak pentadbirnya sangat baik dan friendly terhadap aku. Terima kasih Warga SMK Taman Tun Fuad atas setiap pengalaman dan ilmu yang aku dapat. 

Tidak lupa juga ucapan Terima kasih kepada  merangkap ibu dan mentor aku di sekolah, Puan Fairuz Md Zain.Yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat dalam profesyen menjadi kaunselor sepanjang aku praktikal disana,Pengalaman, tunjuk ajar dan nasihat dari cikgu akan saya ingat dan cuba aplikasikan dalam kehidupan mahupun dalam karier sebagai seorang kaunselor InsyaAllah suatu hari nanti. Terima kasih cikgu, Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan cikgu dan jasa cikgu dalam memberikan ilmu berguna kepada saya,



Disamping itu, ucapan  terima kasih kepada senior-senior aku, Fazrin dan Suhana yang banyak memberi panduan dan bantuan kepada aku dalam membuat laporan praktikal kaunseling. Selain itu, juga ucapan terima kasih kepada  rakan sepraktikal aku, Alwe, Azrie, Joen, Nancy, Laila dan Anna,
I'm very thankful and glad have for having such a good friend like you guys. Kamu semua sangat baik, Terima kasih sebab banyak beri bantuan pada aku sepanjang praktikal ini darilah hari pertama praktikal hinggalah siap laporan praktikal aku. Tidak kira itu dari bantuan semangat, nasihat, pengangkutan, tenaga , barang mahupun gurauan yang boleh buat aku senyum juga itu aku sangat sangat hargai. 





Di kesempatan ini juga aku ingin minta maaf, andai sepanjang kita praktikal bersama aku pernah menyingung perasaan atau menyakiti hati kamu. Mahupun perangai-perangai pelik yang mungkin buat kamu terancam, tergugat atau hilang selera makan kah apa kah. Hahahaha. Maaf  ya kawan, sungguh aku juga manusia ensem cute dan tidak sempurna, juga melakukan kesilapan. Hahaha. Asal kamu tahu, kamu itu antara kawan terbaik aku ada dan sentiasa dalam ingatan aku yang tidak mungkin aku lupakan.

 Apa-apa pun kita sudah mengharungi setiap cabaran sepanjang praktikal ini bersama. Diharapkan kita semua menjadi manusia  yang dapat membanggakan  mak bapa dan kehidupan kita mendapat keberkatan dunia akhirat. InsyaAllah. Selamat maju jaya kawan-kawan. 

---------------------------------------------------------------------
Orang selalu cakap; harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Tapi aku mahu tinggalkan nama bukannya orang mahu kenal sangat pun, jadi aku tinggalkanlah kenangan mencat dengan buruk mural-mural  Map ini. Harap ada lah yang ingat mahu kutuk hari-hari bila ada yang lalu. Hahahaha. Sekian. Wassalam

2 comments:

ஐ iqwa-niera ஐ said...

Hai ckgu kaunseling. hai. btw, mmg buruk pn tu mural kena cat. hahahaha

SuparMan SuaRez said...

@ஐ iqwa-niera ஐ Hahahahaha.. ciss.. sengaja buat buruk supaya senang d ingat siapa pembuatnya.. haahaha