Thursday, 27 March 2014

Perkongsian Hari Bersama Geng BUGIS


Okay!! Mungkin waktu ini adalah hari-hari yang sukar bagi aku, terutamanya bulan Mac ini. Bermacam-macam perasaan sedih yang menyelubungi diri. Tapi dengan segala kudrat yang ada, dengan kekentalan hati, aku rasa aku sudah semakin kuat menghadapi hari-hari bersedih ini. Alhamdulillah. Aku ingin berterima kasih kepada semua kawan-kawan aku yang setia memberi kata-kata nasihat, sokong aku ketika jatuh bangun nya aku. Menemani hari-hari aku.Terima kasih semua. Ok, stop!! Tutup cerita sedih. Bukan Ini sebenarnya yang ingin aku ceritakan...Hahaha

Apa yang aku ingin ceritakan di sini adalah aku dapat kawan baru!! Hah.. aku rasa peminat baru kot. Ok.. mungkin penggunaan kata " PEMINAT" lebih sesuai digunakan di sini agar berbunyi agak kejam dan tidak mengguris hati kawan-kawan aku yang lain .. kahkahkah. Peminat-peminat ini mulanya aku kenal dari alam maya sahaja. Dan dari alam maya itu hinggalah ke dunia realiti.Aku pun tidak pernah terfikir pun mau jumpa face to face sama mereka-mereka ini. Ini SUPARMAN weh, sejak sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke zaman kampus life ini orang memang kenal aku sebagai seorang yang pemalu + pendiam. Ini bukan mengarut, Ini kenyataan! Sila percaya!!. Siapa tidak percaya mohon berdiri , gue bagi lempar selipar jamban headshot sekali..Hahaha.

Ya, mungkin sebab jampi-jampi pukau mereka akhirnya mereka berjaya memukau  jejaka ensem yang sangat kebal hati  ini untuk luang masa bersama mereka BERTIGA!! Aku highlight perkataan bertiga itu agar tiada kontroversi yang wujud. Mohon peminat yang lain jangan jelez.okay!! Hahahaha.

Maka tersebutlah kisah, kami keluar jalan berempat. Luang waktu bersama. duduk semeja bersama. Makan bersama. Borak bersama. gelak tawa bersama . Kutuk-kutuk bersama. Oppsss.. Bab kutuk-kutuk itu mereka sahaja, tidak termasuk aku, aku budak baik wehh.. Tak baik gitu.. tak baik.. Kahkahkah. Sempat juga kami melepakkan diri ke pawagam tengok filem "Need for Speed" Terbbaaikk woo. Rating 5 Star Gua bagi. Yang Belum tengok, meh belanja aku tengok sekali lagi..Hahaha. Lepas tue kami pergi k-Box. Walaupun  Aku ada penyakit "Kerongkong Berair", aku terpaksa men-"Sumbang"-kan satu lagu untuk mereka atas permintaan ramai. Dengan penuh feelingnya aku nyanyi seperti berada di konsert mega. Habis jak aku nyanyi semua mereka menepuk tangan dengan gemuruh dan kelihatan mata mereka bersinar2 melihat aku sambil genggam-genggam tangan  terharu, nampak sangat mereka ni first time tengok jejaka ensem nyanyi dengan suara yang merdu.. kahkahkah...


Okay! Ini Ada sedikit gambar yang sempat di tangkap curi-curi oleh wartawan yang mengekori Aku bersama peminat yang 3 orang ini. Mohon jangan curi gambar ini.!! Amaran Keras!! Hak cipta terpelihara. Hahaha

Kau tidak boleh judge orang yang sosial di alam maya itu sama bila dia di alam realiti. mungkin dia di alam maya senyap, sepi ,post-post sedih. Tapi secara realiti dialah yang paling gembira, punya ramai kawan dan tidak lekang senyum di bibir. Jangan!! Jangan judge orang terlalu awal Kawan.

Manusia itu memerlukan kawan untuk wujudkan perkongsian. perkongsian tanpa mengira setiap sisi. Bukan  cuma perlu menemani dan  menjaga hati. Tapi perlukan teguran untuk memperbaiki diri sendiri.

Kadang-kadang aku rasa aku sendiri tidak faham diri aku. Sejujurnya, dalam realiti aku ini pemalu dan pendiam. Aku akui. Tapi aku rasa bila dialam maya ini aku adalah orang yang tidak boleh duduk diam. Nak cakap itu, nak cakap ini. Kadang-kadang kan aku rasa otak aku ini agak kreatif untuk hiburkan orang. Mungkin.

Dan nampak terlalu mesra dengan orang walaupun aku baru kenal dengan orang itu tapi macam sudah berkurun abadnya berkenal. Itu di alam maya. Tapi bila di alam realiti aku antara insan yang malas bercakap. Sampai tahap disapa "Hai" oleh kawan  pun aku malas jawab balik dan cuma SENYUM. Nampak tidak tinggi level kemalasan aku bercakap itu sampai level berapa.? Nampak? Nampak? Hahaha.

Dalam segenap manusia itu, bukannya semua yang kau boleh senang berkawan. Tapi aku bersyukur dapat teman baru sebaik mereka ini.

Untuk kalian, Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku. Terima kasih sebab sudi luang masa bersama aku. Terima kasih sebab belanja aku. Aku hargai. Terima kasih. Tapi aku rasa aku belum berapa kenal kamu kamu kamu sekalian. Begitu juga aku, aku tidak rasa kamu kenal aku sangat. Mungkin terlalu awal kan? Mungkin kita patut lepak bersama lagi kan?  Kalau kalian dengar cerita-cerita aku,tahu banyak kekurangan aku, mungkin boleh buat kalian nangis sampai kerasukan. Hahaha. Akhir kata. Terima kasih untuk semua ini. Semoga persahabatan  ini tidak cuma sampai disini, tapi sampai mati. InsyaAllah sampai syurgawi. ;)

Psstttt.. Kami Ber-empat Bangga berbangsa BUGIS.. Hahaha.  ;)


Nota : Kadang-kadang aku rasa aku tidak patut terlalu ramah dengan semua orang, terutamnya perempuan. Kadang keramahan aku itu disalah tafsir. Lalu aku dituduh pemain cinta. Sungguh, tiada niat. Aku tidak peduli apa orang mahu cakap.Aku tidak salahkan orang, aku faham manusia itu di cipta atas persepsi sendiri. Aku suka berkawan dengan orang, punya ramai kawan. Ya, Memang suka! Suka sebagai kawan. Selesa bercerita tanpa rasa kekok bersama. Tapi tidak bermakna aku "suka" suka yang suuuukkkaaaaaa.. Faham? Bagus..

Sekian. Wassalam

2 comments:

farian idris said...

Caption yg cantik dsitu,, jangan judge org sesuka hati .. hehe ..

SuparMan SuaRez said...

@farian idris betul-betul. lain orang.. lain pandangan bha kan. Selalunya org ni judge kita awal daripada Tuhan.. grrrrr..