Saturday 25 February 2012

Makhluk Pelik Di Bunuh Kejam!

Ini Merupakan Kisah yang telah pun beberapa hari  telah ku  pendamkan . Terlalu Lama Ku Pendam Namun disebabkan hati dan kentut yang tak tertahan,Akhirnya,Aku Pun Menceritakan kat korang Semua. Mesti Korang tertanya2 Kan? Kenapa Aku memendamkan kisah Aku begitu lama? Teruskan Membaca Kerana Aku Akan Beritahu Untuk MengENDingkan cerita ini. Kisah Ini Berlaku Pada Malam Jumaat Minggu KeLima Bulan  depan bersama Sahabat baik Aku Alfonsooobaukakiku Atau Gadis-Gadis di kampungnya Memanggilnya di sekolah sebagai Mariahberdansasesama .Namun Ayahnya Sering Memanggilnya Ringkas sebagai "Titus".Kenapa Titus? Mungkin disebabkan Rupanya Seaakan  akan Tikus Atau mungkin jugak  kerana Ayah dia Minat Sangat Ngan Ustaz Idrus.Hehehe.

Malam itu,kedengaraan  suara Anjing-anjing laut peliharaan Titus Melalak Koir beramai  kerana Kelaparan di luar rumah.Lalakan Merdu Anjing-anjing laut itu yang seakan akan Menyanyikan lagu dondang sayang membangunkan Mimpi-mimpiku.

"Arrgghh!! Potong Stim Betul Lah Anjing Nie,Kejap Lagi Arwah Jugak Lah Anjing Nie Olehku
. " Kataku Dalam Perasaan  Tak Terkawal sambil mengumban Selipar Jepun Kepunyaku Tepat Mengena ke kerongkong binatang itu.

 Setelah Itu,Aku pun cuba  Menyambungkan Tidurku & mencari-cari mimpiku yang terputus tadi .Namun Setelah Beberapa Lama Memejam Mata sambil Pura-pura Tidur,Aku dikejutkan oleh Suara Titus Yang Tidur Sebilik Dengan ku.Hampir  Aku Terlupa Yang Titus Menumpang Tido Kat Rumah aku   Kerana Ingin Melihat Kartun  Hello Kitty Kesukaannya yang di siarkan jam 10 Malam itu.Al Maklumlah,Kat Rumah Titus Tak da Astro.

"Bro,!! Aku Laparlah..Tiba-tiba Aku Mengidam Plak Nak Makan Choki-Choki..":,Sergahnya Sambil Senyum Kambing Biri-biri

"Mengidam??,Hah!! Ko mengandungkah Geng? Siapa Buat Kat Ko Perbuatan Tak Bermoral Nie Titus? Bagi tau Aku,Akan Ku Lanyak2 Kepala Dia Habis-Habisan!", Jawabku Terkejut Dalam Perasaan Marah Berbaur Kebingungang.(Yalah,Siapa Tak marah kalau kawan baik kena Perkosa kan?. Hmm..)

" Paaappppppp!!!,"
"Aku Lapar La Bongong (Bodoh + benggong )!! Aku Ok Jak Nie Masih Dara & Suci,Lagi Pun Aku Nie Lelaki,Tak kan Boleh Mengandung Plak",Jawab Titus Sambil Memberi Ku Siku2 Ongbak nya Berkali2 Kat Kepala Aku.

"Hah!! Eyakan...Jap Bro,Kejap Lagi Kita Jalan,Aku Pun Lapar Nie",  Kataku lega sambil Tersenyum Tanpa Muka Bersalah.
Choki-Choki Kegemaran Titus & Aku
Setelah Bersiap-Siap,Kami Pun Berjalan Tengah Malam Itu Untuk Pergi Ke kedai Seven Eleven  24 jam Untuk Membeli Choki-Choki.Kedai Itu Terletak Di tengah-tengah Hutan Belantara Belakang Kampung Kami.Sehingga Kini,Kami Pun Masih Binggung Kenapa Kedai Seven Eleven Di dirikan di Tengah Hutan Itu,Kenapa Bukan Kat Depan Rumah Atau di Tengah2 Kampung? Hah!! Nie Korang Kena Tanya Ketua Kampung Kami Encik Zakaruddin Atau Lebih Di kenali Sebagai Pak Zakar Untuk Menjawab Pertanyaan  Itu K.Hanya pak Zakar yg dapat Menjawab Kerana Kalau Ada Apa-Apa Masalah Berkenaan Kampung kami,Memang Pak Zakar Lah Yang menjadi Kaunter Pertanyaan.! Haha

Berbalik Kepada Cerita Aku & Titus,Perjalanan Untuk Ke Kedai Wining Seven Eleven Adalah Berjarak 3987 Kilometer & Memerlukan 7 Kali Putaran 360 darjah jarum Jam .Tapi Disebabkan Ada Jalan Shortcut Dari Belakang Rumah Aku,Perjalanan Itu Memerlukan 10 Minit Jak.Ok,ini aku tipu Perjalanan Itu selama 5 Minit jak pun .Ulang Suara!! 5 MINIT Jak K..Hihihi.

Kami berjalan lengang-lengang bonto* melalui  Perjalanan Yang  berliku-liku & berlumpur sepanjang Perjalanan.Ketika Sampai Di Pertengahan jalan,Kami terdengar Satu Suara Bersiul-siul seperti Suara Ingin Mengurat & Ketawa Terbahak-bahak Seperti Kak  Limah..Aku & Titus Berasa Seram,bulu-bulu Roma Ku semakin Terpacak seperti sudah d sapu Gel Minyak rambut TANCHO.Titus Jugak Ku Lihat Ketika Itu Terketar-Ketar bisu tak terkata,Lututnya berketar rancak gara2 Ketakutan,Sehingga Basah seluar Titus kerana Terkencing Dalam Seluar.Kami Tanpa Berfikir Panjang Terus tunduk betiarap Kat tanah sambil mengengsot laju-laju pulang Ke rumah Menyamar seperti Ular Agar Kami tidak Dapat Di Kesan Oleh Makhluk tanpa Bayang itu.

Sampai jak Kat Rumah Kami Terus Pengsan Selama Beberapa Hari.Dan Di sebabkan itu lah Baru Sekarang Aku Dapat MengUPDATEkan Blog Aku Ini & Menceritan Kisah Aku Ini Kat Korang Semua. Selepas Kejadian Itu,Kami Berasa Bersyukur Sangat2 Kerana Tidak Di Bunuh Oleh Makhluk Itu.Namun Orang Kampung Memberitahu Kepada Kami,Bahawa Makhluk Itu Telah Di temui Mati Pada Keesokan harinya.Dan Menggangap kami Berdua Sebagai Hero Kampung & Pembunuh Makhluk itu.Kami  Berdua Pun Pelik? Kenapa Makhluk Itu Boleh Mati Tiba2.Setelah Memanggil Detective Conan untuk menyiasat  Terperinci punca kejadian ,Rupa-Rupanya Makhluk Itu Alah Dengan Bau Air Kencing,So? Di sebabkan Itu Lah Makhluk Itu Mati di tempat kejadian

Gambar makhluk Tersebut Yang Sempat kami Snap Curi-Curi Sebelum Lari

Hahaha.Sekian.
Klik Button LIKE @ SHARE sekiranya Korang Habis Baca Cerita Nie K..Thanx All ^_^

0 comments: